KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan Jemaah Menteri.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata, rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan.
Hishammuddin berkata demikian berhubung perolehan LCS yang menjadi kontroversi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada satu kapal telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut memaklumkan, pihaknya telah membawa para petugas media ke Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak hari ini untuk melihat keadaan luaran dan dalaman LCS yang sedang dalam pembinaan.
Katanya, petugas media turut dibawa ke gudang penyimpanan peralatan kapal-kapal tersebut dan diberi taklimat tentang reka bentuknya.
"Saya tidak jemu untuk menegaskan berkali-kali iaitu saya dan Kementerian Pertahanan tiada apa hendak disembunyikan. Dalam masa sama, pihak yang salah mesti dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan projek itu kembali ke landasannya seperti yang telah ditetapkan Jemaah Menteri, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.
Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.
Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.
Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.
Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.