KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memberikan fokus utama untuk menurunkan kadar pengangguran dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus sebagai usaha memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata komitmen itu antara lain dapat dilihat menerusi inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang menyediakan 600,000 peluang pekerjaan melibatkan peruntukan RM4.8 bilion.
Katanya inisiatif itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Feb ini.
"Melalui Jabatan Perangkaan, kita telah mencatatkan penurunan kadar pengangguran pada Disember (2021) kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada November.
"Kita tahu pewujudan pekerjaan merupakan asas kepada pemulihan ekonomi kerana itulah penciptaan peluang pekerjaan ini merupakan antara fokus utama dalam belanjawan. Dalam Belanjawan 2020, kerajaan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan. Alhamdulillah, kita telah mencapai sasaran itu.
"Pada tahun ini, dengan mengambil semangat konsep JaminKerja, perdana menteri akan melancarkan program itu bagi menyediakan 600,000 pekerjaan, peningkatan 100,000 berbanding sasaran pada 2021," katanya ditemui pemberita ketika melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut meneruskan program Mystep pada tahun ini dengan menawarkan peluang pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.
Beliau berkata kerajaan menyasarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program itu pada tahun ini berbanding 50,000 pada tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus memberi bantuan kepada penggiat sektor pelancongan terutama di Sabah menerusi pelbagai inisiatif termasuk program subsidi upah bagi membolehkan mereka memacu semula pertumbuhan sektor berkenaan.
Menurutnya, banyak sektor ekonomi dalam negara menunjukkan pemulihan berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat sebanyak 3.6 peratus yang diumumkan baru-baru ini, namun, sektor pelancongan masih belum ke arah itu.
"Kita dapat mencapai unjuran antara tiga hingga empat peratus bagi 2021. Pada tahun ini, unjurannya (KDNK) antara 5.5 hingga 6.5 peratus.
"Jika kita lihat, banyak sektor telah kembali pulih, tetapi sektor pelancongan belum lagi," katanya sambil menambah kerajaan memperuntukkan pelbagai insentif untuk sektor pelancongan dalam Bajet 2022 berjumlah RM1.6 bilion.
Terdahulu, Tengku Zafrul meluangkan masa bertemu penggiat sektor pelancongan Sabah bagi mendengar luahan dan cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan sektor tersebut sepanjang pandemik.
Katanya penggiat pelancongan di negeri itu antara lain berharap bantuan kerajaan diberikan secara bersasar, dan pada masa yang sama, berharap kerajaan dapat membuka semula sempadan untuk membolehkan kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melakukan lawatan ke gerai pameran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023
Jumlah pekerjaan di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 membabitkan 83,500 bagi bukan pemastautin dan 4,900 bagi penduduk.
Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi
Malaysia catat pertumbuhan KDNK tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.
ECRL: Peluang pekerja tempatan timba pengalaman, teroka kemahiran baharu
Gunaseelan menganggap ia sebagai peluang keemasannya untuk menerima pengalaman baharu setelah 15 tahun terlibat dalam bidang kimpalan.
Saarani saran anak Perak rebut peluang kerja tersedia depan mata
Katanya, pada masa ini permintaan terhadap graduan TVET untuk memenuhi keperluan pekerja berkemahiran tinggi semakin meningkat.
Lebih 50 rumah percuma untuk veteran ATM dibina tahun depan - Adly
Lebih 50 rumah percuma untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen dan tidak berpencen dijangka dibina tahun depan menerusi program Inisiatif Rumah Peduli Veteran.
Kehadiran Malaysia di APEC akan menyumbang ke arah usaha tangani isu kritikal di Asia Pasifik
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia pada AELM ke-30 dari 14 hingga 17 Nov 2023, mencerminkan cadangan penglibatan aktif Putrajaya dalam forum serantau.
Belanjawan 2024 manifestasi Kerajaan Perpaduan kurangkan kos sara hidup - Anwar
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI adalah manifestasi komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.