awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan gubal undang-undang baru tangani aktiviti militan IS

Tan Su Lin
Tan Su Lin
26/11/2014
05:30 MYT
Kerajaan gubal undang-undang baru tangani aktiviti militan IS
Najib ketika membentangkan Kertas Putih IS di Dewan Rakyat. - fotoBERNAMA
Satu undang-undang baru akan digubal untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas.
Demikian cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Putih ke arah menangani ancaman kumpulan Negara Islam (IS) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Najib, rang undang-undang baru itu akan dibentangkan dalam sesi parlimen yang akan datang.
Sementara itu, Kertas Putih juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Kanun Keseksaan.
Najib berharap Kertas Putih itu dapat menjelaskan dengan lebih mendalam tentang IS dan ancamannya kepada keselamatan negara.
Jelasnya, kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung idealogi IS.
"Saya amat berharap supaya mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.
"Selain daripada undang-undang, semua lapisan rakyat perlu bersama-sama kerajaan menolak sebarang idealogi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum," kata Najib dalam ucapan pembentangan Kertas Putih di Dewan Rakyat.
Pada masa yang sama, katanya Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganasan dan militan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#IS
#kertas putih
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan