LANGKAWI: Kerajaan Malaysia berminat untuk menerima pakai dan melaksanakan cadangan dasar Ekonomi Biru, yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan, harus sejajar dengan mengekalkan kesihatan lautan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kesihatan lautan, Ekonomi Biru menjamin perancangan yang betul, dan pengurusan ruang maritim.
"Isu-isu utama, seperti kawalan pencemaran, kesihatan ekosistem marin, dan perikanan mampan, harus sentiasa menjadi keutamaan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG)," katanya dalam ucap utama pada pelancaran Persidangan Maritim Langkawi, yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23), di sini hari ini.
Beliau berkata disebabkan persekitaran geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisional.
"Keselamatan maritim kita, juga sangat tercabar, oleh ancaman bukan tradisional, seperti pemerdagangan haram barangan dan manusia; penangkapan ikan haram, tidak terkawal dan tidak dilaporkan, (IUU fishing); cetak rompak, keganasan; ancaman kepada ekosistem marin, seperti perubahan iklim; serta perkapalan dan pencemaran berasaskan darat."
"Oleh itu, kita perlu melihat semula pendekatan kita dalam menguruskan perairan kita dan sumber marin. Selama bertahun-tahun menjadi sebuah negara yang matang, Malaysia telah meluluskan sekurang-kurangnya 15 akta dan peraturan untuk menguruskan ruang maritim kita.
"Penguatkuasaan undang-undang diamanahkan kepada lebih 10 kementerian, dan 31 agensi berkaitan maritim.
"Senario ini, pasti terdapat pertindihan bidang kuasa, yang akhirnya akan membawa kepada penggunaan sumber yang tidak cekap," katanya.
Mohamad berkata persidangan maritim itu adalah platform strategik untuk memudahkan perbincangan yang rancak, substantif dan bermakna dalam kalangan pihak berkepentingan maritim.
Beliau berkata persidangan itu telah mengumpulkan pihak berkepentingan dalam hal ehwal maritim negara yang terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi maritim dan pemain industri serta institusi akademik tempatan dan antarabangsa.
"Terdapat banyak yang perlu dilakukan, dan banyak cabaran yang perlu diatasi, untuk Malaysia berkembang maju sebagai sebuai Negara Maritim.
"Visi kita akan menjadi kenyataan, dengan syarat kita bersedia untuk berganding bahu, dan mara ke hadapan bersama-sama.
"Forum ini boleh menjadi landasan pelancaran untuk Malaysia mengemudi sebagai Negara Maritim," katanya
Mohamad berkata persidangan bertemakan :Malaysia, a Maritime Nation: Steering the Course' adalah bersesuaian dan relevan yang akan menawarkan peluang dan kemajuan untuk menjadi sebuah negara maritim sejati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Mohamad berkata persidangan maritim itu adalah platform strategik untuk memudahkan perbincangan yang rancak, substantif dan bermakna dalam kalangan pihak berkepentingan maritim. - Gambar fail/Bernama
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan
LIMA adalah jenama yang mempromosikan bukan sahaja Langkawi malah Malaysia sebagai suatu destinasi, bukan hanya untuk pelancong tetapi juga perniagaan.
LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya
LIMA'23 berjaya merekodkan nilai urusniaga sebanyak RM17.6 bilion melibatkan industri berkaitan pertahanan dan komersial.
Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.
LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung
Bukan juruterbang 'oppa' sahaja yang menarik perhatian pengunjung LIMA23, pengendali Sukhoi Su-30MKM TUDM tidak kurang hebatnya.
LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan
Kementah harap LADA dapat perbesar ruangan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) edisi akan datang.
Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23
Pertunjukan pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan sememangnya antara yang dinantikan pengunjung di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23
Nacar berkata satu daripada perjanjian itu adalah mengenai keselamatan tanah air serta membabitkan kerja-kerja simulasi.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23
Lee tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan empat hari dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hari berikutnya.
Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad
Beliau berkata disebabkan persekitaran geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisional.