Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian terperinci berhubung sistem pembiayaan kesihatan bagi tujuan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian itu dilakukan selaras dengan komitmennya untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat, sekali gus memastikan mereka mendapat akses kepada penjagaan kesihatan terbaik.
"Sebahagian besar (pembiayaan kesihatan), 50 peratus dibiayai oleh sektor awam atau kerajaan Persekutuan manakala hampir 38 peratus pula adalah melalui 'out of pocket expenditure' oleh rakyat apabila mereka terpaksa pergi ke klinik atau hospital swasta.
"Satu hari nanti, kita harap akan dapat merangka sebuah sistem pembiayaan kesihatan yang mana bukan hanya meletakkan kerajaan, tetapi seluruhnya termasuklah daripada pihak swasta, syarikat insurans, dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk digemblengkan dalam satu sistem pembayaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan dan Pameran Kesihatan Antarabangsa 2019 Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya akan memperkukuh kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam membantu sektor kesihatan menjadi lebih teguh, terutamanya daripada aspek kewangan dan perbelanjaan.
"Ketika kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan untuk berbelanja dari segi membina fasiliti kesihatan, saya memandang kepada pihak swasta untuk membantu mempergiatkan sektor kesihatan daripada sudut perbelanjaan yang mereka (pihak swasta) boleh laburkan," tambahnya.
Pada majlis itu, beliau melancarkan empat buku panduan yang memberi panduan dan memudahkan perniagaan dalam industri penjagaan kesihatan swasta dalam usahanya mematuhi keperluan teknikal untuk menubuhkan sebuah hospital swasta baharu.
Buku panduan itu ialah 'Handbook on Setting Up of Private Hospitals in Malaysia: Submission Process and Harmonisation of Technical Requirements'; 'Handbook on Setting Up New Private Hospital in Malaysia: Requirement and Procedures Under Act 586'; 'License Renewal Application Procedure for Private Hospitals' dan 'Guidelines for Expanding or Modifying Private Hospitals'.
Persidangan dan Pameran Kesihatan Antarabangsa 2019 APHM disertai oleh 700 delegasi dan lebih 150 pempamer termasuk UM Specialist Centre Sdn Bhd.
Pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Rabu itu memaparkan beberapa peralatan perubatan terkini, peranti perubatan, sistem maklumat hospital, fisioterapi dan pemulihan serta program pendidikan penjagaan kesihatan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
Kajian terperinci berhubung sistem pembiayaan kesihatan akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi tujuan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini, kata Dr Dzulkefly Ahmad. - Gambar fail BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta - Dr Dzul
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta dan dikekalkan pada kadar RM80 sejam.
Cadangan wujud kawasan khas merokok belum dimuktamad - Dr Dzulkefly
Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
KKM masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini
Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
PRU15: Izinkan Perdana Menteri selesaikan tugas untuk rakyat dahulu - Dr Dzul
PM tidak sewajarnya ditekan oleh pimpinan UMNO untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, kata Dr Dzulkefly.