awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kedah digesa beri penjelasan isu teroka, kecurian REE

Bernama
Bernama
14/07/2023
22:40 MYT
Kerajaan Kedah digesa beri penjelasan isu teroka, kecurian REE
Mahdzir menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan sama ada terdapat syarikat yang telah diberikan lesen untuk melakukan perlombongan itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA NERANG: Kerajaan Negeri Kedah perlu memberikan penjelasan terhadap pelbagai persoalan berkaitan isu penerokaan dan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, yang didakwa masih berlaku susulan penahanan beberapa individu bulan lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan sumber asli dan mineral sama ada dilakukan secara haram atau berlesen.
Mahdzir berkata tindakan berdiam diri kerajaan negeri dalam isu itu dilihat menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk bahawa kegiatan perlombongan di kawasan itu didalangi oleh pihak tertentu.
"Kerajaan negeri perlu ambil tanggungjawab sama ada perlombongan itu dibuat secara haram atau berlesen yang disahkan oleh pejabat tanah dan kalau ada siasatan yang berlaku, saya rasa perlu ada kenyataan daripada kerajaan negeri," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di Naka dekat sini pada Jumaat.
Semalam, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dalam sidang media dilaporkan berkata polis menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam penyeludupan pendatang tanpa izin untuk kegiatan perlombongan REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
Kesemua yang ditahan pada bulan lepas berusia antara 21 hingga 60 tahun, dipercayai bertindak sebagai ejen yang menguruskan kemasukan warga Myanmar yang kemudiannya dieksploitasi menjadi buruh di kawasan perlombongan berkenaan.
Beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan sama ada terdapat syarikat yang telah diberikan lesen untuk melakukan perlombongan itu dan sama ada syarikat itu memenuhi kriteria yang dikehendaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#UMNO
#sumber asli
#unsur nadir bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan