ALOR SETAR: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata walaupun terdapat permintaan dari pihak yang berkaitan, namun kerajaan lebih berhasrat untuk mengawal harga telur buat masa ini.
"Dalam isu ini, dia ada dua perkara iaitu berkenaan bekalan dan keduanya berkenaan harga kawalan. Berkenaan bekalan kita dah di fasa terakhir bagi menstabilkan bekalan dan boleh dikatakan kita sudah sampai ke penghujung fasa dan agak stabil.
Dari segi harga kawalan, setakat ini hasrat dan semangat yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri untuk mengawal harga telur, namun ia bukan selamanya sehingga ekonomi kita kembali pulih dan pengguna ada kuasa membeli.
Setakat ini, kita masih berpegang pada pendirian untuk kekalkan apa yang ada sekarang," katanya berkata kepada pemberita selepas melancarkan Aduan Suri dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersempena Karnival Jualan Rahmah di sini, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan caj-caj tersembunyi termasuk caj pengendalian telur dan pengangkutan yang membebankan pengguna, Fuziah berkata pihaknya sedang menyiasat perkara terbabit.
"Kita pun tak salahkan peruncit sepenuhnya. Kita akan siasat untuk melihat lapisan mana yang mengambil untung 'lebih' dan ianya tidak boleh dibiarkan berlarutan, kita akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa kementerian.
KPDN merupakan sekretariat kepada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup yang turut disertai oleh kementerian-kementerian lain, jadi memang kami saling bekerjasama untuk menyiasat hal ini dan sentiasa memberi perhatian isu itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata walaupun terdapat permintaan dari pihak yang berkaitan, namun kerajaan lebih berhasrat untuk mengawal harga telur buat masa ini. - Foto BERNAMA
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan pengguna
Orang ramai diminta melaporkan kepada KPDN jika harga telur ayam di pasaran didapati masih tidak berubah.
Harga runcit telur gred A,B, C diturunkan 3 sen - PM Anwar
Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Aidilfitri: Harga siling ayam, telur dimuktamad esok - Salahuddin
Harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimuktamadkan esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada petang Rabu.
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini - Mohamad
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPDN lakukan siasatan caj tersembunyi penjualan telur ayam - Fuziah
KPDN sedang melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar peruncit mengenakan caj tersembunyi ke atas penjualan telur ayam.
Kerajaan kekal pendirian kawal harga telur, tidak diapungkan
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
KPDN rekod 10,894 kes seleweng barang keperluan
Sebanyak 10,894 kes seleweng barang keperluan menerusi rampasan bernilai RM115 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang tahun lepas.
Harga makanan ayam tinggi punca harga telur dan ayam meningkat berganda
Kenaikan harga ayam dan telur yang agak tinggi berpunca daripada faktor makanan ayam itu sendiri yang turut mengalami peningkatan yang mendadak.
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.