PERMATANG PAUH: Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.
"Duit (kerajaan) tiada bukan salah orang kampung, bukan salah pekerja tetapi salah pengurusan kerajaan, pimpinan terutama yang sakau. Sementara hendak betulkan salah mereka yang sakau, kita tidak boleh bebankan orang bawah.
"Jadi, dengan cara apapun, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini. Masa Belanjawan, dengar dari mula sampai akhir sebab saya tidak beritahu bila saya akan umum," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Universiti Teknologi MARA Kampus Permatang Pauh hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata semua pimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga sepakat dalam soal gaji penjawat awam.
Sebelum ini, Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas mengumumkan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan dilaksana sepenuhnya mulai 2025.
Menyentuh cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), Anwar membidas kerajaan terdahulu kerana tidak melakukannya dengan cara yang betul.
“Di Malaysia, draf pindaan akta perlu diluluskan Jemaah Menteri, dipersembah kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Raja-Raja akan bincang dengan teliti, bawa balik dengan draf perundangan, bawa kepada Peguam Negara dan patah balik kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
“Belum dilakukan, jangan temberang. Tidak benar sama sekali. Majlis Raja-Raja Melayu belumpun teliti draf undang-undang itu,” kata beliau.
Justeru itu, Anwar berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar akan meneliti cadangan pindaan berkenaan.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan berbincang dengan semua mufti, ulama serta sangar-sangar Islam di dalam dan luar negara supaya undang-undang tersebut mantap sebelum dibawa kepada Majlis Raja-Raja.
“Kalau undang-undang ini dibuat sambil lewa, undang-undang lemah, orang akan hina Islam dan undang-undang Islam kerana salah dan gopohnya pemimpin-pemimpin Islam,” kata beliau.
Pada Februari lepas, Mohd Na'im berkata sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-Undang 355 kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentang di Parlimen tahun ini.
Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan kepada golongan asnaf serta pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Anwar berkata semua pimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga sepakat dalam soal gaji penjawat awam. - Gambar Bernama
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.