PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan melaksanakan darurat kerana takut kehilangan majoriti di Parlimen adalah salah satu contoh berita tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, tuduhan dan andaian seperti itu boleh dikenakan tindakan serta pertuduhan mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) (No 2) 2021, yang berkuat kuasa hari ini.
“Ia (adalah) satu kesalahan... bagi saya ia satu kesalahan,” komennya ringkas ketika ditanya contoh berita tidak benar dalam sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, hari ini.
Sidang media itu diadakan khas bagi menjelaskan mengenai pelaksanaan ordinan berkenaan, yang telah diwartakan semalam, selepas dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Mac lepas.
Sementara itu, Saifuddin berkata, antara contoh berita tidak benar lain ialah dakwaan terdapat individu yang meninggal dunia selepas mengambil vaksin COVID-19.
“Saya tahu orang akan bertanya... agaknya kes macam mana nak diuruskan oleh ordinan ini. Saya boleh bagi ilustrasi sebagai contoh. Katalah individu A dalam blog kata Z telah meninggal dunia setelah terima vaksin COVID-19. Maka individu itu boleh dituduh.
“Atau A menawarkan maklumat palsu mengenai COVID-19 kepada B, dan B seterusnya menerbitkan maklumat itu dalam blog beliau, tanpa mengetahui maklumat tu palsu. Jadi A pun salah, B pun salah,” katanya lagi.
BACA: Ordinan Darurat untuk cepatkan penguatkuasaan, siasatan, pendakwaan berita palsu - Saifuddin
BACA: Ordinan Darurat: Hasilkan berita palsu, denda tidak lebih RM100,000
Biarpun hukuman yang dikenakan dianggap agak keras, Saifuddin berkata, ordinan itu penting sebagai usaha mencegah kelakuan yang boleh menimbulkan ketakutan atau menggugat ketenteraman awam.
Sementara itu, beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa ordinan tersebut menidakkan hak individu seperti Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, adalah tuduhan bermotifkan politik yang keterlaluan.
Jelasnya lagi, klausa di bawah ordinan berkenaan jelas menunjukkan sebarang pertuduhan hanya bersabit terhadap berita tidak benar mengenai COVID-19 dan proklamasi darurat sahaja.
“Kita di KKMM dan SKMM ada kekangan dari segi undang-undang untuk melaksanakan beberapa perkara. Kami sedang meminda Akta SKMM sedia ada, tetapi belum sempat pun dibentangkan di Parlimen.
“Bagi saya mudah saja, Akta SKMM ialah akta yang diwujudkan pada tahun 1998. Pada masa itu, kita belum tahu lagi macam mana lajunya berita palsu boleh berkembang dalam media sosial. Bayangkan saya sebagai menteri menggunakan senjata tahun 1998 untuk menghadapi perang 2021. Memang ada keperluan untuk ordinan ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Mar 12 2021

Andaian itu boleh dikenakan pertuduhan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) (No 2) 2021, yang berkuat kuasa hari ini, kata Takiyuddin. - Gambar fail

59 negara sertai Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula pada Khamis di Bandar Kazan, menyaksikan penyertaan 44 negara Islam, daripada 59 keseluruhannya.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Pembukaan sepenuhnya sembilan pusat pemeriksaan Thai-Malaysia darat dan laut sejak awal bulan ini akan membantu merangsang pemulihan ekonomi kedua-dua negara selepas pandemik COVID-19.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid
Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jabatan urus kes tunggakan pembahagian harta pusaka akan ditubuh - Takiyuddin
Bahagian dikenali sebagai Unit Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian itu akan dinaik taraf menjadi jabatan.

Penyatuan ummah Pas dan UMNO, formula terbaik - Takiyuddin
Penyatuan ummah itu bukan hanya terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya ia boleh disertai oleh mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu.

Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.

Pas tidak akan jalinkan kerjasama dengan PH - Takiyuddin
Pas konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan yang diterajui bersama BN, PN, GPS, PBS dan STAR.

Pas sokong Ismail jadi PM lepas PRU15, beri bayangan mahu MoU diteruskan
Pas yakin MoU antara kerajaan dan pembangkang akan terus membantu proses pemulihan negara di bawah Ismail Sabri.

TNB jangka Stesen Janakuasa Sultan Mahmud kembali beroperasi hujung tahun ini
SJSM dihenti tugas sementara berikutan menara penghantaran voltan tinggi 132kV tumbang pada 27 Februari 2022.

Pas sokong pindaan perlembagaan untuk hentikan lompat parti - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan RUU yang akan dibetangkan itu bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3).

Kerajaan tidak eksport tenaga boleh baharu - Takiyuddin
Selain arang batu dan diesel, TBB yang terdapat di negara ini antaranya ialah hidrogen, solar dan gas.

Empangan Nenggiri pada peringkat pelaksanaan - Takiyuddin
Pelaksanaannya bukan sahaja untuk penjanaan tenaga bahkan ia adalah inisiatif mengurangkan kejadian banjir.