NATIONAL
Kerajaan lulus RM3 juta tambah baik Hospital Umum Sarawak - Fadillah

Fadillah dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir, memotong kek sempena sambutan hari ulang tahun Timbalan Perdana Menteri pada majlis 'Speta Beraya' Hospital Umum Sarawak di Kuching 18 Apr 2025. --fotoBERNAMA
KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik serta menaik taraf Hospital Umum Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti hospital serta inisiatif perolehan aset.
"Usaha tambah baik hospital ini bukan hanya kita lakukan untuk keselesaan para pekerja hospital semata-mata tetapi juga untuk pesakit yang mengunjungi hospital.
"Setelah berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri kita setuju untuk memberikan peruntukan itu," katanya semasa berucap pada majlis 'Speta Beraya' Hospital Umum Sarawak di sini, malam tadi.Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami