KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee.
Wang tunai berjumlah RM156,500 itu terdiri daripada baki akaun simpanan dan semasa Casey Tang di empat bank iaitu RM89,300 di Maybank Islamic Berhad; RM13,000 di CIMB Bank Berhad; RM600 di RHB Bank Berhad; dan RM53,600 di AmBank Berhad.
Kenderaan itu pula ialah Subaru XV2.01 yang dirampas pada Januari 2021, dan kerajaan juga sedang berusaha untuk merampas sebuah banglo di Bandar Kinrara dan sebuah lot kedai di Bandar Puchong Jaya.
Kerajaan memfailkan saman pelucutan hak terhadap Casey Tang pada November 2021, mengikut Subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Casey Tang disenaraikan sebagai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan lokasinya ketika ini tidak diketahui.
Notis dalam warta itu dikeluarkan pada 1 Ogos lepas, yang mempelawa mana-mana pihak ketiga untuk hadir sendiri atau diwakili peguam bagi mencabar tindakan pelucutan hak sebelum perbicaraan.
Ini bagi membolehkan pihak ketiga mengemukakan tunjuk sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucut hak oleh kerajaan.
Apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, timbalan pendakwa raya Noor Zalizan Lazarous memaklumkan kepada mahkamah bahawa responden (Casey Tang) tidak diwakili.
Pada ketika ini peguam Muhamad Al-Muazzim Azmi Amin berdiri dan berkata bahawa anak guamnya iaitu, Maybank Islamic, sedang berusaha untuk menuntut sebahagian daripada aset yang disasarkan.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Okt ini untuk sebutan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee. - Gambar fail/Astro AWANI

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Sumbangan kita kecil, Turkiye pernah bantu ratusan juta - PM Anwar
Turkiye pernah menyalurkan ratusan juta ringgit ketika negara berdepan impak COVID-19 dan ekonomi menurun.

Semua pihak mahukan pendamaian di selatan Thailand - Ketua Fasilitator
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.

Keluarga Altantuya menang saman RM5 juta
Mahkamah membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006 lalu, terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia sumbang AS$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan
Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak US$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan.

Malaysia bertindak balas terhadap tuntutan Kesultanan Sulu
Malaysia akan meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan dan membatalkan perintah berkaitan.

Kerajaan Malaysia mohon lucut hak wang, kereta dan hartanah bekas pengarah eksekutif 1MDB
Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee.

Jho Low tawar RM1.5 bilion kepada kerajaan selesai pertuduhan
Menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka pada Jumaat, kerajaan bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.

Kerajaan akan pastikan urusan pemain industri perdagangan, pelaburan dipermudah - PM
Kerajaan akan memastikan urusan pemain industri perdagangan dan pelaburan negara dipermudahkan serta sistem penyampaian perkhidmatan awam dipertingkatkan.

Siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan: Dua peguam, aktivis saman kerajaan, SPRM
Mereka memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak berhak menyiasat hakim-hakim yang berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.

Pendengaran permohonan sekat Petrosaudi guna dana dikaitkan 1MDB ditangguh
Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed memberitahu Hakim Ahmad Shahir pihak pendakwaan telah menyampaikan dokumen berkenaan kepada tiga entiti asing yang disebut dalam permohonan itu.