awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri ambil serius teguran Raja Perlis mengenai 'Little Napoleon' dalam MPKangar

Bernama
Bernama
25/06/2025
14:45 MYT
Kerajaan negeri ambil serius teguran Raja Perlis mengenai 'Little Napoleon' dalam MPKangar
MOHD SHUKRI: Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi lebih efisien. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Kerajaan negeri mengambil serius teguran Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail semalam mengenai 'Little Napoleon' yang wujud dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar).
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya amat menghargai keprihatinan baginda serta menjunjung kasih atas titah itu yang dilihat sebagai peringatan penting untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lebih cekap dan berintegriti.
"Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi lebih efisien," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa Tuanku Syed Sirajuddin semasa bertitah menyempurnakan majlis pecah tanah Wisma MPKangar telah menegur beberapa pegawai majlis perbandaran itu yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik dan boleh mencemarkan nama baik agensi berkenaan.
Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara mereka bekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teguran Raja Perlis
#Little Napoleon
#MPKangar
#Mohd Shukri Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan