awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan

Bernama
Bernama
08/04/2024
12:00 MYT
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama, di negeri itu. - BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama, di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau memberikan komitmen sepenuhnya untuk titah baginda, dijadikan sebagai pendorong bagi mengukuhkan kerjasama di antara rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, yang mewakili warga Selangor.
Beliau berkata titah Sultan Sharafuddin juga wajar diambil sebagai pedoman oleh semua pihak merentasi fahaman politik, selain apa jua tindakan menggunakan agama untuk kepentingan peribadi ataupun muslihat tertentu, yang mampu menggugat keharmonian masyarakat di Selangor perlu dijauhi.
"Kerajaan Perpaduan negeri Selangor memberikan komitmen penuh bahawa keharmonian rakyat tidak boleh diambil ringan dan harus sentiasa dipupuk, dipelihara, dan diperjuangkan, bagi menjamin kestabilan dan keamanan bukan sahaja untuk hari ini tetapi bagi generasi akan datang.
"Ejen pecah belah tiada tempat di negeri Selangor. Patik menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dan mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, dikurniakan keafiatan dan kebahagiaan sentiasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketika merasmikan Masjid Damansara Perdana pada 5 April lalu, Sultan Sharafuddin bertitah agar orang Melayu khususnya di negeri itu terus mengambil jalan perpaduan serta memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Baginda turut menitikberatkan kepentingan untuk rakyat berbilang bangsa dan agama di Selangor menjauhkan sikap berprasangka buruk dan sebaliknya suburkan sikap toleransi demi mengukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Selangor.
Dalam titahnya juga, Baginda menyeru supaya pemimpin politik memainkan peranan untuk menyatupadukan rakyat dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu yang mampu membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#titah Sultan Selangor
#perpaduan
#orang Melayu
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan