MELAKA: Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan pra dan pascabersalin bagi membantu para ibu mengatasi tekanan sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran.
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata ia secara tidak langsung dapat membantu memastikan tahap kesihatan mental para ibu tersebut sentiasa dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan dan selepas melahirkan.
"Ini penting walaupun sudah terdapat pusat-pusat kesihatan memberi khidmat yang baik kepada ibu-ibu ini. Kami akan cuba buat (program) dan setakat ini kami tidak menerima apa apa aduan berkaitan dengan ibu-ibu yang nak cuba bunuh diri masa mengandung ke ... tidak ada... Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena meraikan kelahiran bayi tahun baharu 2023 di Hospital Melaka di sini semalam.
Katanya para ibu digalakkan berjumpa dan menghadiri sesi kaunseling di pusat kesihatan di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selain mempunyai doktor berpengalaman.
Dalam pada itu Kalsom berkata seramai enam bayi dilahirkan sempena tahun baharu 2023 di Hospital Melaka sehingga setakat 9 pagi semalam dengan kelahiran pertama dicatatkan pada 1.20 pagi iaitu bayi perempuan seberat 2.14 kilogram (kg).
Katanya di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah tiada kelahiran bayi direkodkan setakat 12 tengah hari ini.
"Secara keseluruhan kita meraikan dua bayi lelaki dan empat bayi perempuan dan syukur alhamdulillah keadaan semua ibu dan bayi mereka juga dalam keadaan sihat serta selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023
Para ibu digalakkan berjumpa dan menghadiri sesi kaunseling di pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan terbaik dan mempunyai doktor berpengalaman. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.
Keadaan penyakit berkaitan NCD antara punca utama kematian ibu bersalin
Antara ibu dengan keadaan perubatan berkaitan, lebih 50 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung.
Kerajaan negeri komited laksana program bantu ibu atasi tekanan bersalin
Ia membantu memastikan tahap kesihatan mental ibu sentiasa dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan dan selepas melahirkan.
Sebak dengar tangisan bayi! Jiran bantu selamatkan ibu bersalin dalam banjir
Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir
Suami, keluarga terdekat boleh teman ibu bersalin bermula 4 Okt - Dr Noor Hisham
Berkuat kuasa 4 Okt ini, KKM membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 untuk menemani ibu hamil semasa bersalin.
Cadangan ibu divaksin selepas bersalin di hospital - Rina
Langkah itu bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin, namun perlu berdasarkan nasihat daripada pakar.