awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/08/2020
04:37 MYT
Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.
Kerajaan negeri Perak menyambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour yang akan berlangsung Ahad ini.
Penjawat awam, swasta dan warga sekolah diminta meraikan program itu dan turut mengambil bahagian bersama-sama keluarga di tempat masing-masing.
Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, disebabkan program itu jatuh pada hari Ahad, warga Perak diminta mengikutinya secara langsung di beberapa saluran televisyen dan media sosial termasuk Astro Oasis dan Facebook Sinar Harian.
"Walaupun pada hari tersebut cuti, tapi berilah masa hanya satu jam daripada pukul 12 tengah hari sehingga pukul 1 petang.
"Menteri Besar sangat menyokong penuh berkaitan dengan program ini dan ia dekat dengan hati Tuanku Sultan Perak dan tahun lepas kita tahu, Tuanku turut serta dalam program yang dianjurkan oleh yayasan tersebut di Kuala Lumpur di Universiti Islam Antarabangsa," ujar Mohd Akmal.
Beliau bercakap pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Jumaat.
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.
Sebagai tanda solidariti, umat Islam boleh mengambil gambar sendiri atau keluarga dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memuat naik ke dalam media sosial menggunakan #MalaysiaQuranHour.
Topic Berkaitan
#astro oasis
#kerajaan negeri
#malaysia quran hour
#mohd akmal kamaruddin
#penjawat awam
#Perak
#quran hour
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan