awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri terus pantau situasi banjir, utamakan keselamatan rakyat - MB Johor

Bernama
Bernama
24/01/2023
12:01 MYT
Kerajaan Negeri terus pantau situasi banjir, utamakan keselamatan rakyat - MB Johor
Onn Hafiz berkata semua pegawai-pegawai dan agensi yang terlibat termasuk Ahli-ahli Exco kerajaan negeri akan terus memantau kawasan yang dinaiki air. - Facebook/Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan terus memantau situasi banjir di negeri ini terutama keselamatan rakyat serta memastikan keadaan terkawal setiap masa.
Dalam memberi jaminan itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata semua pegawai-pegawai dan agensi yang terlibat termasuk Ahli-ahli Exco kerajaan negeri akan terus memantau kawasan yang dinaiki air.
"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri dan kami akan lakukan yang terbaik untuk memastikan keadaan kekal terkawal pada setiap masa.
"Saya akan memantau operasi agensi yang terlibat khususnya Pejabat Daerah selaku penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, bagi memastikan keselamatan rakyat terus terjaga, biarpun dalam keadaan seperti ini," kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau juga menjunjung kasih titah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu Southern Volunteers digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa daerah di negeri Johor.
"Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga dan mangsa yang diuji ketika ini," kata beliau.
Johor dilanda banjir hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi yang menyaksikan seramai 1,093 orang di Kluang, Segamat dan Kota Tinggi, terjejas bencana itu setakat 4 petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Menteri Besar Johor
#onn hafiz ghazi
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan