awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Pembukaan sampul undi pos bermula
PRK Kinabatangan, Lamag: 13 pusat mengundi ditutup setakat 2 petang
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak ambil tanggungjawab penuh insiden wanita cuba dekati Sultan Nazrin - MB

Bernama
Bernama
04/09/2025
01:20 MYT
Kerajaan Perak ambil tanggungjawab penuh insiden wanita cuba dekati Sultan Nazrin - MB
Saarani berucap pada Program Empower Tahfiz Inisiatif Khas Pemerkasaan Anak-anak Tahfiz Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam. - Foto Facebook Saarani
IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya susulan insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ahad lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak memandangkan kejadian itu berlaku di luar jangkaan dan dalam tempoh yang sangat singkat.
"Ia 'wake up call' kepada sesiapa sahaja yang perlu peka mengenai isu keselamatan tidak semestinya dihadiri orang kenamaan seperti menteri besar atau exco (kerajaan negeri), penyanyi atau tokoh masyarakat yang mengundang kehadiran orang yang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Empower Tahfiz Inisiatif Khas Pemerkasaan Anak-anak Tahfiz Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.
Dalam pada itu, Saarani menyatakan rasa kagum terhadap sikap tenang yang ditunjukkan Sultan Nazrin kerana terus berada di pentas sehingga selesai.
"Tuanku masih berdiri, menerima tabik hormat, berjalan seperti yang dirancang, malah selepas itu beramah mesra dengan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenai kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan wajah dan suaranya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata pihaknya turut menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.
Saarani menasihati orang ramai supaya tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu berkenaan yang menggunakan gambar dan suara beliau melalui AI dengan bagi menawarkan wang tunai dan meminta mangsa menghubungi nombor telefon tertentu untuk membuat tuntutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Sultan Nazrin Shah
#wanita cuba dekati Sultan Nazrin
#akaun media sosial palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan