awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak sangkal dakwaan berhubung isu ladang ternakan babi

Bernama
Bernama
20/04/2025
08:38 MYT
Kerajaan Perak sangkal dakwaan berhubung isu ladang ternakan babi
A. Sivanesan berkata hanya terdapat 21 ladang babi yang diluluskan di Batang Padang dan Muallim. - Gambar fail
TAPAH: Kerajaan Perak menyangkal dakwaan terdapat lebih 30 ladang ternakan babi di daerah Batang Padang dan Muallim.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata hanya terdapat 21 ladang babi yang diluluskan di kedua-dua daerah itu.
"Di (kawasan Dewan Undangan Negeri) Ayer Kuning, hanya terdapat sembilan ladang dan tiga daripadanya telah diluluskan untuk ditukar kepada konsep Ladang Babi Moden (MPF), manakala baki enam lagi dalam proses kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Chittirai di Dewan Serbaguna Air Kuning yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad mendakwa terdapat 30 ladang babi yang diluluskan serta berlesen di dua daerah berkenaan dengan jumlah itu mungkin lebih tinggi jika dicampurkan dengan ladang haram.
Sivanesan berkata pemodenan ladang ternakan babi antara penstrukturan semula yang dilaksanakan kerajaan negeri dan perkara itu akan dijelaskan lebih terperinci dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.
"Kita telah mengambil tindakan penutupan ladang babi kerana tidak menepati syarat penstrukturan semula ladang ternakan dan inilah yang kita lakukan sepanjang 26 bulan Kerajaan Perpaduan di Perak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perak
#ternakan babi
#ladang ternakan
#Batang Padang
#Muallim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan