awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu wujudkan sistem penggera banjir kebangsaan - Irmohizam

Fareez Azman
Fareez Azman
25/04/2022
12:32 MYT
Kerajaan perlu wujudkan sistem penggera banjir kebangsaan - Irmohizam
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di ibu negara selepas hujan lebat petang tadi. - Gambar/ KLCCC
KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, menjadi antara lokasi terjejas setiap kali banjir kilat melanda ibu negara.
Terbaharu pada petang Isnin, dua kenderaan milik peniaga ditenggelami air selepas sungai berhampiran melimpah dan memasuki kawasan tempat letak kenderaan.
Bagi Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, kejadian berkenaan perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana bukan kali pertama berlaku.
"Perkara ini sangat serius ia boleh jejaskan imej, jenama dan keselamatan khususnya acara perniagaan (di WTCKL).
"Bagi pihak WTCKL setelah (banjir) berlaku sebelum ini, kami telah wujudkan dua kaedah untuk menanganinya.
"Pertama ialah sistem penggera iaitu apabila aliran air (sungai berhampiran) meningkat, pihak pempamer dan pengunjung diminta ambil langkah berjaga-jaga dan diberi makluman.
"Kedua sistem mengepam air keluar daripada WTCKL (kawasan yang terjejas)," jelasnya di sini, hari ini.
Banjir Kilat | Kesesakan berganda, orang ramai keluar membeli belah
BACA: Banjir kilat: 14 jalan di ibu negara dinaiki air - DBKL
Sementara itu, tambah Irmohizam, menjadi harapan pihaknya terutama dalam sektor acara perniagaan, agar sistem amaran yang lebih pantas dapat diwujudkan di kawasan berisiko tinggi.
Ujarnya, ia bagi memberi maklumat lebih tepat kepada mangsa banjir untuk bersedia selain dapat menyelamatkan lebih banyak harta benda daripada musnah.
"Harapan di peringkat kerajaan, bagaimana boleh wujudkan satu sistem penggera kebangsaan.
"Setiap kali berlaku musibah dan kecederaan, boleh di highlight awal dan kita bersiap siaga," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Banjir Kuala Lumpur
#WTCKL
#banjir kilat
#sistem amaran banjir kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan