SEREMBAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibaratkan Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini hanya menunggu masa untuk tersungkur.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyangka kerajaan gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu ketika ini ‘kacau bilau’ dan berada dalam keadaan yang dahsyat.
“Sejak bila UMNO sebulu dengan DAP? Dari dulu sampai la ni, kalau sebut UMNO dengan DAP, no way… no go.
“Yang ini sudah berlaku… sudah timbul kacau bilau politik dalam PH dan kacau bilau politik dalam BN, dah kalau parti yang mendukung kerajaan Pusat begitu keadaannya, zahirnya nampak berpadu, tapi sebenarnya tiak lagi berpadu, tunggu masa sahaja akan terburai, tersungkur jatuh.
“We are talking a serious situation (kita bercakap soal situasi yang seriu), keadaan yang cukup dahsyat yang cukup berat. Sebab itu setiap hari kita tengok Anwar buka mulut, saham jatuh, ringgit jatuh, semuanya jatuh. Bukan sahaja soal jatuh, orang tidak percaya. This is important (ini sangat penting),” kata Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan Perikatan Nasional (PN), di sini, pada Ahad malam.
Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mendakwa, kerajaan ketika ini dilihat tidak mampu untuk membawa kestabilan kepada rakyat.
Rentetan itu, jelasnya, pilihan raya Negeri (PRN) di enam buah negeri bulan depan bakal menjadi penanda aras menerusi pungutan suara rakyat sama ada mahu mengekalkan kerajaan sedia ada ataupun memulangkan semula mandat kepada PN.
Jelasnya, beliau yakin ‘kuasa undi’ rakyat pada 12 Ogos ini di enam negeri itu nanti bakal membawa mesej yang jelas kepada kerajaan gabungan PH dan BN ketika ini.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 09 2023
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibaratkan Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini hanya menunggu masa untuk tersungkur. - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu