awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy

Bernama
Bernama
27/12/2020
08:33 MYT
Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy
Kementerian menerima banyak permintaan daripada pemain industri pelancongan tempatan untuk mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan. -Gambar fail
KUCHING:Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
"Kini, kami di peringkat mengadakan rundingan dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan Zon Hijau," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini hari ini.
Nancy berkata beliau menerima banyak permintaan daripada pemain industri pelancongan tempatan untuk mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan.
"Bagaimanapun, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan bahawa kebenaran itu diberikan untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini," katanya.
Ditanya sama ada gelembung perjalanan zon hijau membantu meningkatkan sektor pelancongan, Nancy berkata: "Ya, malah bilik di hotel-hotel seperti Langkawi telah penuh ditempah. Jadi, ia merupakan inisiatif yang bagus khususnya untuk sektor pelancongan."
Sementara itu, Nancy turut menggesa pelancong dari zon hijau yang mengembara ke tempat lain supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam mengekalkan penjarakan fizikal ketika bercuti.
"Kita tidak mahu kes COVID-19 semakin meningkat apabila kerajaan meluluskan gelembung perjalanan zon hijau kerana akhirnya ia akan memberi kesan terhadap ekonomi khususnya sektor pelancongan di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian pelancongan
#Nancy Shukri
#gelembung perjalanan
#buka sempadan
#pelancong
#Korea Selatan
#Jepun
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan