awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan

Bernama
Bernama
04/03/2023
22:00 MYT
Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Wan Muhammad Aznan berkata di Terengganu, terdapat 27 vesel laut dalam Zon C2 yang merekodkan pendaratan ikan sebanyak 291 tan metrik pada 2021. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Jabatan Perikanan Malaysia Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata pembiayaan di bawah Program Dana Jaminan Makanan itu dibuka kepada nelayan Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C2.
"Kadar faedah yang ditetapkan adalah sebanyak tiga peratus bagi nelayan Zon A dan B, manakala 3.5 peratus bagi nelayan di Zon C dan C2.
"Jabatan menyasarkan sebanyak 315 vesel akan menerima manfaat iaitu 28 vesel bagi PPV dan 287 vesel bagi PMT," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata setakat 31 Jan lepas, Agrobank telah meluluskan sebanyak RM131 juta daripada dana itu dan peruntukan tersebut masih berbaki untuk dipohon oleh mana-mana pihak yang berminat.
Wan Muhammad Aznan berkata di Terengganu, terdapat 27 vesel laut dalam Zon C2 yang merekodkan pendaratan ikan sebanyak 291 tan metrik pada 2021.
"Dalam lawatan kerja ke Syarikat Amir Vision Sdn Bhd di Kuala Terengganu hari ini, Datuk Seri Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) berkata pembinaan vesel moden seharusnya diperbanyakkan bagi menggantikan bot tradisional," katanya.
Amir Vision merupakan satu daripada syarikat yang terlibat bagi pembangunan vesel besi berciri moden Zon C2, milik bumiputera di negeri ini.
Dalam pada itu, Wan Muhammad Aznan berkata Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan sebanyak 1.3 juta tan metrik pengeluaran perikanan bagi 2023, merangkumi pendaratan perikanan laut pantai dan laut dalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#PPV
#nelayan
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan