awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM5 juta bagi Program Kepimpinan Digital Eksekutif - Rafizi

Bernama
Bernama
24/08/2023
11:11 MYT
Kerajaan peruntuk RM5 juta bagi Program Kepimpinan Digital Eksekutif - Rafizi
Rafizi berkata program selama tiga bulan yang menawarkan pengalaman pembelajaran dikendalikan oleh ASB dan MIT Sloan itu, adalah antara usaha kerajaan dalam membina ekonomi digital yang berdaya saing. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDL) yang dijalankan dengan kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi melalui agensinya MyDIGITAL Corporation dan Asia School of Business /MIT Sloan Management, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
"Ini sebagai permulaan kos bagi menyediakan kemudahan diperlukan, dan selepas kohort pertama dijalankan pada akhir tahun ini iaitu November, kita akan mendapat gambaran kepada peruntukan yang diperlukan pada tahun-tahun yang akan datang," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pemeteraian Program EDL hari ini, Rafizi berkata program selama tiga bulan yang menawarkan pengalaman pembelajaran dikendalikan oleh ASB dan MIT Sloan itu, adalah antara usaha kerajaan dalam membina ekonomi digital yang berdaya saing.
Menurutnya pengurusan kanan sektor awam dan swasta yang menyertai EDL akan mengikuti modul yang dikendalikan oleh rakan strategik teknologi untuk mengetahui bagaimana syarikat teknologi dunia dibangunkan dan diuruskan, terutamanya dalam menjana inovasi dan kreativiti.
"Antara rakan strategik bagi program ini adalah Amazon Web Services, Google Cloud, IBM, Microsoft, dan Shopee," katanya.
Selain itu, Rafizi berkata program ini dirangka untuk mendayai pengurusan tertinggi sektor awam dan swasta dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi ekonomi digital, mengembangkan proses pendigitalan dalam sektor awam dan swasta serta mengharmonikan dasar kementerian-kementerian dan agensi kerajaan untuk memenuhi kehendak berhubung pendigitalan dan penggunaan teknologi.
Beliau berkata, ini berikutan kemajuan ekonomi digital memerlukan pemberdayaan sektor awam melalui pemodenan perkhidmatan awam menggunakan aplikasi teknologi dan data (govtech).
"Negara memerlukan kepimpinan kementerian-kementerian yang mempunyai kepakaran digital yang tinggi supaya dasar dan inisiatif kerajaan berteraskan pendekatan digital dan teknologi, terutamanya dalam melaksanakan peralihan kepada govtech," katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata terdapat keperluan segera untuk menawarkan program kepimpinan digital kepada penjawat awam dan swasta di peringkat pengurusan tertinggi.
Permohonan kini dibuka kepada pihak yang berminat dan maklumat lanjut boleh dilayari di https://www.mydigital.gov.my/executive-digital-leadership-programme/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#MyDigital
#kerjasama strategik
#Program EDL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan