Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sebagai langkah memperkasa bidang pendidikan tahfiz di negara ini.
Pengasas dan pengetua Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Barakah Datuk Mohd Kazim Elias berkata dasar yang telah dirangka kerajaan terdahulu itu juga dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz.
"Semasa saya menjadi ahli Majlis Perundingan Islam sebelum ini, kita dan beberapa ahli panel lain telah berbincang tentang hala tuju pendidikan tahfiz ini sehinggalah kerajaan terdahulu merangka dan mewujudkan DPTN.
"Bagaimanapun selepas peralihan (kerajaan), kita tidak dapat memastikan status dasar ini daripada kerajaan baharu, sama ada ia akan diteruskan ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana 'Ke Mana Haluan Sekolah Tahfiz' di Kompleks Media Karangkraf di sini, pada Isnin.
Mohd Kazim berkata sekiranya DPTN tidak diteruskan, ia akan menjadi satu kerugian kepada negara apabila hasrat untuk melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional yang digariskan dalam dasar tersebut tidak dapat dipenuhi.
"Sebagai pengusaha pusat tahfiz juga, kita mahu sokongan dan bantuan yang kuat daripada kerajaan...bagi saya kenyataan kerajaan untuk tidak akan menutup pusat tahfiz itu bukan bersifat konkrit.
"Sekiranya, pusat-pusat ini tidak mendapat bantuan termasuk bantuan kewangan daripada kerajaan, sukar untuk mereka berdiri sendiri dan lama-kelamaan pusat ini pasti akan ditutup," katanya.
Kerajaan sebelum ini memperkenalkan DPTN yang merangkumi empat bentuk kurikulum bagi melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik.
Menerusi kurikulum itu, golongan tersebut bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi turut mempunyai kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), ilmu agama dan bidang profesional.
Dasar itu dilihat mampu mencapai sasaran melahirkan 125,000 huffaz profesional di bawah Transformasi Negara 2050.
Sementara itu, Anggota Lembaga Pengarah Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad yang turut hadir, berkata kelangsungan DPTN adalah perlu sebagai usaha menyeragamkan sistem pendidikan tahfiz di negara ini.
"DPTN ini telah diluluskan pada tahun lepas dan kelangsungannya bergantung kepada kerajaan hari ini. Kita mahu institusi tahfiz yang sebelum ini menggunakan kurikulum yang berasingan dapat diselaraskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018
Mohd Kazim berkata dasar itu dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz. - Gambar fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac - Zahid
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kerajaan PH disaran teruskan dasar pendidikan tahfiz negara
Dasar yang telah dirangka kerajaan terdahulu itu juga dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz.
4 model kurikulum dirangka untuk tambah baik pendidikan tahfiz - Asyraf
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif tersebut digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.