awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan P.Pinang tidak setuju penutupan 3 sekolah convent

Bernama
Bernama
03/11/2017
08:22 MYT
Kerajaan P.Pinang tidak setuju penutupan 3 sekolah convent
Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak akan meluluskan sebarang rancangan pembinaan di tanah ketiga-tiga sekolah mubaligh itu sekiranya tanah berkenaan dijual kepada pemaju. - Gambar fail
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju dengan langkah untuk menutup Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Lebuh Light, Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Pulau Tikus di sini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya membantah penutupan itu kerana ketiga-tiga sekolah itu merupakan sekolah paling tua di Asia Tenggara.
"Kerajaan negeri tidak bersetuju dengan penutupan ini. Kami tidak dimaklumkan berhubung penutupan ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak akan meluluskan sebarang rancangan pembinaan di tanah ketiga-tiga sekolah mubaligh itu sekiranya tanah berkenaan dijual kepada pemaju.
Sebuah portal berita berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa tiga sekolah convent berkenaan bakal ditutup berikutan pengambilan pelajar bagi kemasukan sesi 2018 telah dihentikan.
Laporan itu menyatakan bahawa pemilik tanah berkenaan dikatakan mahu mengambil semula tanah itu.
Menurut portal itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang turut mengesahkan bahawa tiada pengambilan pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu di sekolah berkenaan bagi 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Convent
#Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#Portal
#pulau pinang
#sekolah
#sekolah mubaligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan