awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pulau Pinang akan merayu bagi memindahkan tiga sekolah convent

Bernama
Bernama
21/06/2019
21:00 MYT
Kerajaan Pulau Pinang akan merayu bagi memindahkan tiga sekolah convent
CHOW: Kami akan merayu kepada Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan bagi memindahkan ketiga-tiga sekolah itu selepas bangunan dan tanah sekolah diambil balik oleh pemilik tanah. - Gambar fail
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan kemungkinan memindahkan tiga sekolah convent di Pulau Pinang yang akan ditutup pada 2024.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ketiga-tiga sekolah itu boleh ditempatkan semula ke tanah lain yang berhampiran.
"Dalam kes ini jika tanah diambil balik oleh pemiliknya, sekolah-sekolah itu boleh dipindahkan ke tanah lain yang berdekatan. Saya tidak tahu sama ada kementerian berhasrat untuk memindahkan sekolah-sekolah tersebut.
"Kami akan merayu kepada Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan bagi memindahkan ketiga-tiga sekolah itu selepas bangunan dan tanah sekolah diambil balik oleh pemilik tanah.
"Kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji kemungkinan ini, "katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.
Menurut laporan dalam akhbar The Star pada Jumaat, Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lebuh Light dan SMK Convent Pulau Tikus - akan ditutup dan tanah itu akan diserahkan kembali kepada pemiliknya, Sisters of Infant Jesus Malaysia.
Menurut laporan itu, Kementerian Pendidikan telah memenuhi permintaan mereka dan bersetuju intuk mengembalikan tanah tersebut dan pengambilan pelajar baharu di ketiga-tiga sekolah berkenaan telah dihentikan sejak tahun lepas.
Chow berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji tanah yang telah diserahkan oleh pemaju sama ada ia sesuai untuk tujuan penempatan semula.
Beliau berkata selama bertahun-tahun Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mempunyai inventori tanah yang diserahkan oleh pemaju.
Menurut Chow, beliau akan bertemu dengan pemilik tanah pada 19 Julai untuk membincangkan isu tersebut dan rancangan mereka terutama Sekolah Convent Light Street telah ditubuhkan di tapak Warisan Dunia George Town dan sekolah itu telah disenaraikan sebagai bangunan warisan.
"Ia tertakluk kepada kawalan pembangunan berhubung dengan tapak warisan dunia dan juga sebagai bangunan warisan apabila terdapat permohonan. Apabila tertakluk kepada garis panduan ini, maka mereka perlu mematuhi semua garis panduan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan warisan
#Chow Kon Yeow
#Convent
#George Town
#inventori tanah
#Kementerian Pendidikan
#Ketua Menteri
#pelajar baharu
#pemaju
#pendidikan
#penempatan semula
#pulau pinang
#sekolah
#tanah
#Warisan Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan