awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil

Agensi
Agensi
03/06/2019
05:48 MYT
Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil
Shahrizat Abdul Jalil dan Mohamad Salleh Ismail bersama anak-anak mereka. - Gambar fail
JABATAN Peguam Negara (AGC) telah memfailkan saman ke atas syarikat National Feedlot Corp (NFC) dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula pinjaman RM253 juta.
Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Saman berkenaan difailkan oleh AGC tiga minggu lalu, lapor The Edge pada Isnin.
Ketiga-tiga anak Mohamad Salleh dan Shahrizat yang juga bekas Ketua Wanita Umno yang dinamakan AGC ialah Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.
Sementara nama syarikat yang dinamakan ialah National Meat & Livestock Corp Sdn Bhd, Real Food Co Sdn Bhd, Meatworks Corp Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corp Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.
The Edge turut melaporkan, dana yang dituntut kerajaan berdasarkan RM225 juta daripada pinjaman RM250 juta dengan faedah tahunan dua peratus.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas NFC dan keluarga Shahrizat meminta mereka membayar balik pinjaman berkenaan.
Pada 2011, anggota keluarga Shahrizat itu didedahkan terlibat dalam projek NFC oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Mohamad Salleh pula sebelum ini telah dituduh pecah amanah jenayah melibatkan RM49.7 juta sebelum dibebaskan pada 2015. - The Edge
Topic Berkaitan
#Kerajaan saman suami dan anak-anak Shahrizat Jalil
#Ketua Wanita Umno
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#National Feedlot Corp
#NFC
#Shahrizat Abdul Jalil
#the edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan