awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar bentang Akta Antilompat Parti Julai ini - PM Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
10/04/2022
10:51 MYT
Kerajaan sasar bentang Akta Antilompat Parti Julai ini - PM Ismail Sabri
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jawatankuasa khas itu bakal melibatkan wakil daripada kerajaan dan pembangkang. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti dan mengubal Akta Antilompat Parti.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jawatankuasa khas itu bakal melibatkan wakil daripada kerajaan dan pembangkang.
"Untuk Akta (Anti Lompat Parti) ini bagi menggubal akta ini, kita akan wujudkan Jawatankuasa Khas, yang akan teliti dan gubal akta ini.
"Ia terdiri daripada wakil kerajaan, malah wakil pembangkang dan mungkin kita juga akan jemput ahli akademik yang pakar dalam perlembagaan," jelasnya.
Tambahnya, kerajaan turut mensasarkan akta berkenaan akan dibentang pada sesi Parlimen Julai depan.
"Saya harap perkara ini dipercepatkan, sasaran kerajaan untuk bentangkan Akta Antilompat Parti ini pada sesi bulan Julai nanti.
"Tetapi tergantung kepada yang pertama, tergantung kepada Jawatankuasa Khas nanti secepat mana mereka boleh cadangkan untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk persetujuan. Maka boleh bentang di Parlimen," jelasnya lagi.
BACA: PM, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen hadir taklimat khas mengenai RUU Antilompat Parti
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Taklimat Khas Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti bersama Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Dewan Seri Endon di sini pada petang Ahad.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#RUU Antilompat Parti
#Akta Antilompat Parti
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan