KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan mendukung usaha berkenaan dan selari dengan pendekatan whole-of-nation approach atau penglibatan secara menyeluruh.
"Agenda ini merangkumi cabaran dalam kesihatan, pendidikan, kewangan, produktiviti dan buruh serta penggunaan teknologi untuk menentukan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan mampan buat warga emas.
"Penting untuk menyatakan bahawa impak terhadap masyarakat warga emas adalah luas dan tidak hanya terhad kepada soal penjagaan dan kebajikan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada Pameran dan Persidangan 'Living Your Golden Years: Ordinary People Living Extraordinary Lives' 2024 di sini yang hari ini yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff.
Menurut Nancy kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha di peringkat kebangsaan khususnya menerusi Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN).
Beliau berkata kerajaan menubuhkan MPPWEN untuk mengawasi struktur pelaksanaan dan pelaporan antara kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan berkaitan status dasar Dasar Kebangsaan Warga Emas Malaysia dan pelan tindakannya.
"Sebanyak tujuh jawatankuasa kecil diwujudkan menerusi majlis ini merangkumi portfolio kesihatan, sosial dan rekreasi, perumahan dan persekitaran, pekerjaan, ekonomi, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan dan kerohanian.
"Menerusi majlis ini, wakil warga emas dalam pelbagai bidang boleh membangkitkan isu serta memberikan cadangan yang memanfaatkan warga emas," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Media Era Ketiga Cheah Tuck Wing berkata persidangan dan pameran terbabit bertujuan untuk menggalakkan penuaan yang sihat dan aktif serta memperlihatkan bahawa ramai warga emas memiliki kehidupan sempurna di usia emas mereka.
"Pada usia lanjut ini, mereka mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Warga emas perlu sentiasa aktif dan sihat kerana mereka masih mampu meniti usia emas biarpun mempunyai sedikit simpanan. Apabila anda memiliki kesihatan (yang baik), anda boleh mencari kerja dan menampung perbelanjaan anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Nancy berkata pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan mendukung usaha berkenaan dan selari dengan pendekatan whole-of-nation approach. - Foto Bernama
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua - Nancy
Kerajaan sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang.