awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion

Bernama
Bernama
03/02/2022
14:50 MYT
Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion
Jumlah itu dikira secara kasar iaitu 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum iaitu RM10,000. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menganggarkan kerugian akibat banjir yang melanda negeri itu pada Disember tahun lepas adalah sekitar RM1.4 bilion termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta.
Menteri Besar Datuk Amirudin Shari berkata, jumlah itu dikira secara kasar iaitu melibatkan 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum iaitu RM10,000.
"Jika kereta atau rumah mereka rosak mungkin angka (kerugian) lebih besar... Dalam catatan yang dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seingat saya adalah RM3 bilion hingga RM4 bilion," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, jumlah itu adalah anggaran DOSM dengan mengambil kira setiap rumah terjejas mengalami kerugian kira-kira RM14,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#kerugian
#Amirudin Shari
#kediaman rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan