awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor dapatkan laporan lengkap banjir, rangka langkah depani MTL

Bernama
Bernama
08/11/2023
12:16 MYT
Kerajaan Selangor dapatkan laporan lengkap banjir, rangka langkah depani MTL
Amirudin berkata pihaknya telah memaklumkan pihak terlibat bulan lepas bagi menyelesaikan masalah berkaitan termasuk soal perparitan di semua kawasan berisiko banjir. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mendapatkan laporan lengkap daripada Unit Pengurusan Bencana Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya telah memaklumkan pihak terlibat bulan lepas bagi menyelesaikan masalah berkaitan termasuk soal perparitan di semua kawasan berisiko banjir, berikutan fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 11 Nov ini.
"Tapi malangnya (banjir) masih lagi berlaku, kita kena adil sama ada tindakan telah dibuat atau ia berpunca daripada kadar hujan yang tinggi pada satu-satu masa.
"Jadi saya akan cuba dapatkan laporan pada selewat-lewatnya Jumaat ini. Saya serius untuk tangani masalah ini sebab ia berlaku di tempat yang sama iaitu Kampung Cemperai, Dengkil dan Bukit Changgang, Banting," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MBI dan Syarikat Milikan di sini hari ini.
Sementara itu, seramai 789 mangsa daripada 199 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah hari tadi melibatkan kawasan Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#kejadian banjir
#kadar hujan
#MTL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan