Kerajaan Selangor disaran segera mencontohi negeri-negeri lain yang telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) memandangkan hanya negeri itu masih belum berbuat demikian.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan perbincangan berhubung ikrar tersebut.
"Setakat ini, 90 organisasi negeri dan persekutuan di Selangor sudah menandatangani IBR, malah jumlah komitmen yang ditunjukkan di sini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan kita sasar bilangannya akan bertambah menjelang hujung tahun ini.
"Cuma kerajaan Selangor masih belum beri kata putus. Kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Kelantan akhirnya akur untuk turut serta dalam IBR dan diharapkan kerajaan Selangor juga dapat ambil langkah sama serta tidak terkecuali dalam hal ini," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani IBR dan bacaan ikrar oleh kakitangan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Yacob.
Upacara berkenaan turut disaksikan Pengerusi PWS, Datuk Ramli Mahmud.
Mengulas lanjut, Wan Ramli berkata bagi sektor pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor pula, hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) belum menandatangani IBR namun pihaknya yakin kedua-dua agensi itu akan melakukannya sebelum hujung tahun ini.
Beliau turut menggalakkan lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi lain yang beroperasi di Selangor untuk segera menyertai langkah terbaharu SPRM itu dalam usaha mencegah gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Sementara itu, Mohammad berkata langkah yang diambil PWS untuk bekerjasama dengan SPRM adalah sebagai janji kepada pewakaf bahawa agensi itu akan mentadbir setiap harta serta wang yang disalurkan dengan telus dan berintegriti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Kerajaan Selangor disaran segera mencontohi negeri-negeri lain yang telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) memandangkan hanya negeri itu masih belum berbuat demikian. -Gambar fail
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).