KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSLKU).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada masa yang sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal.
Jelasnya lagi, segala proses penyahwartaan sebelum ini telah mengikuti segala prosedur dan tatacara yang dinyatakan mengikut lunas undang-undang.
"Sebanyak hanya 104 ekar daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar akan kekal dinyahwarta bagi melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru bagi menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006. Mereka telah dipindahkan dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA.
"Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan akan kekal nyahwarta untuk tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL). Kerajaan Negeri juga akan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit," katanya dalam satu kenyataan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu.
BACA: Sisa-sisa kawasan hutan di Selangor patut dipulihkan semula dan dipelihara - Dr Ibrahim Komoo
BACA: Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Kata Amirudin, sebagai sebuah kerajaan yang berteras prinsip akauntabiliti, Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada Speaker Dewan Negeri Selangor untuk mengadakan sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan penyahwartaan sebelum ini.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
Amirudin berkata, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal. - Gambar fail/BERNAMA
Manchester United bertambah baik
Manchester United menghadirkan kejutan besar dan prestasi terbaik kelab tersebut penghujung musim apabila merangkul Piala FA.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di Sabah hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan RM15 juta akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Isu khutbah boikot: Polis terima laporan video isu boikot ketika khutbah
Polis menerima laporan berhubung sebuah video yang memaparkan isu boikot yang disampaikan semasa khutbah solat Jumaat di Perak baru-baru ini.
KPKM sasarkan 5000 jam utk seluruh negara
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata matlamat Jualan Agro Madani Mega adalah untuk memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan tanpa melalui orang tengah atau pemborong.
Proses pewartaan semula HSKLU sudah dimuktamadkan - MB Selangor
Isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Selangor nafi keluar notis nyahwarta HSKLU untuk pembangunan
Kerajaan Selangor menafikan telah mengeluarkan notis penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan bercampur di kawasan tersebut.
Kerajaan Selangor mulakan proses mewartakan semula HSLKU - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
HSKLU bukan hutan rosot, henti keluar kenyataan tidak benar - PHSKLU
Pada 2016, sebanyak 10,000 batang pokok ditanam menerusi usaha membabitkan masyarakat Orang Asli, Jabatan Perhutanan dan pemilik tanah berdekatan termasuk Boh Plantation Estate dan Gamuda Cove.
Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Sisa-sisa kawasan hutan di Selangor patut dipulihkan semula dan dipelihara - Dr Ibrahim Komoo
Selangor sudah sedia maju dan tidak perlu pembangunan lagi, sebaliknya perlu memanfaatkan pendapatan besarnya untuk memulihkan dan memelihara kawasan hijau yang masih ada di negeri itu.
Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta memberi penjelasan tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.