KUALA LUMPUR: Masih banyak penelitian perlu dilakukan terhadap keputusan Kerajaan Selangor menyahwartakan 536.7 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi tujuan pembangunan.
Selain itu, aktivis alam sekitar yang juga Naib Presiden EcoKnight, Amlir Ayat mempersoalkan apakah ia satu keperluan untuk pembangunan sehingga menganggu-gugat kawasan hutan tersebut, yang disifatkan begitu penting kepada ekosistem alam dan penduduk setempat.
Selain itu, Amlir berkata sekiranya ia perlu dilaksanakan, Kerajaan Negeri Selangor seharusnya meneliti alternatif lain, kerana tindakan menyahwartakan kawasan tersebut bukan sahaja menjejaskan negeri itu, sebaliknya seluruh negara.
"Yang ketiga, kita perlu lihat pihak manakah yang mendapat keuntungan daripada projek ini, adakah ia benar-benar memberi keuntungan yang besar kepada penduduk Negeri Selangor dan seluruh Malaysia? Ini kerana dalam kita menggunakan sumber alam ini, kita perlu berhati-hati.
"Kita perlu melihat dari semua aspek, perbincangan yang telus dan jujur perlu diadakan untuk melihat kebaikan dan keburukan, faedah atau kerugian dan ia mengambil masa yang agak lama," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
BACA: MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Media melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah menyahwartakan 536.7 hektar daripada rancangan asal seluas 930.9 hektar selepas mempertimbangkan bantahan awam.
Tanah tersebut dilaporkan akan diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk pembangunan.
Jelas aktivis alam sekitar itu lagi, HSKLU merupakan kawasan paya gambut yang penting untuk kestabilan iklim.
Amlir menambah, faktor kebakaran hutan juga tidak boleh dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk membangunkan kawasan berkenaan kerana hutan masih boleh berfungsi secara stabil dan semulajadi bagi memenuhi keperluan sosial.
"Kalau kita nak buat perancangan kita harus mempunyai maklumat yang cukup, apakah kawasan itu secara jangka panjang kalau kita bangunkan mendatang faedah yang lebih besar kepada rakyat, dan saya rasa aspek ini kurang diberikan penekanan semasa perancangan, dan kita ada Rancangan Tempatan untuk pelbagai daerah di Malaysia.
"Bagi saya isu ini tidak ditimbulkan dalam Rancangan Tempatan tersebut dan mungkin sebagai kawasan bertaraf sensitif alam sekitar tahap 1, ia tidak boleh dibangunkan sewenang-wenang dan kita perlu mencari alternatif lain," katanya.
Pada Mac lalu, kebakaran di kompartment 15 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dikesan, dan merebak sehingga lebih 40 hektar berikutan cuaca panas, kering dan berangin.
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
Bagaimanapun, ia menimbulkan tentangan pelbagai pihak termasuk dari badan bukan kerajaan (NGO), penduduk serta agensi kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Memetik Bernama, sehingga 12 April 2021, Negeri Selangor mewartakan lebih 250,000 hektar HSK iaitu 31 peratus daripada keluasan kawasan negeri tersebut yang diuruskan di bawah prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 01 2021
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Proses pewartaan semula HSKLU sudah dimuktamadkan - MB Selangor
Isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Selangor nafi keluar notis nyahwarta HSKLU untuk pembangunan
Kerajaan Selangor menafikan telah mengeluarkan notis penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan bercampur di kawasan tersebut.
Kerajaan Selangor mulakan proses mewartakan semula HSLKU - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
HSKLU bukan hutan rosot, henti keluar kenyataan tidak benar - PHSKLU
Pada 2016, sebanyak 10,000 batang pokok ditanam menerusi usaha membabitkan masyarakat Orang Asli, Jabatan Perhutanan dan pemilik tanah berdekatan termasuk Boh Plantation Estate dan Gamuda Cove.
Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Sisa-sisa kawasan hutan di Selangor patut dipulihkan semula dan dipelihara - Dr Ibrahim Komoo
Selangor sudah sedia maju dan tidak perlu pembangunan lagi, sebaliknya perlu memanfaatkan pendapatan besarnya untuk memulihkan dan memelihara kawasan hijau yang masih ada di negeri itu.
Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta memberi penjelasan tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.