SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan telah memberi kelulusan bagi pembinaan lebuh raya baru yang diberi nama sebagai Sungai Klang Expressway (SKE), sebagaimana yang ditularkan dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata pihak kerajaan negeri telah meneliti video tersebut, dan mendapati bahawa projek itu tiada dalam kelulusan projek lebuh raya baru yang akan dilaksanakan di Selangor.
"Sebaliknya kerajaan negeri mendapati video pembinaan jajaran SKE itu hampir serupa cadangan pembinaan lebuh raya Sungai Klang Link (SKL), yang telah mendapat kelulusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Jan lalu, namun projek itu masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau menjelaskan segala pelaksanaan projek penswastaan lebuh raya di negeri-negeri, adalah tertakluk kepada kelulusan kerajan Persekutuan, manakala kerajaan negeri hanya akan memudah cara pelaksanaan projek lebuh raya tersebut, supaya mematuhi peraturan sedia ada.
"Kita akan merujuk perkara ini kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk meneliti aspek perundangan yang boleh diambil ke atas syarikat SKE tersebut, yang dipercayai baru ditubuhkan pada hujung 2020, malah pihak kerajaan negeri tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada syarikat itu setakat ini," katanya.
Beliau berkata penyebaran video berkenaan mampu mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan kepada rakyat dengan penggunaan beberapa logo pihak berkuasa tempatan, menunjukkan seolah-olah projek tersebut telah mendapat kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Izham bercakap pada sidang media mengenai pembinaan lebuh raya baru yang dinamakan Sungai Klang Ekspressway (SKE) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Pelaburan AI perlu dimanfaatkan di setiap peringkat masyarakat
Menurut Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. TS. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, inisiatif ini telah disusun untuk memberi panduan yang jelas dalam sokongan terhadap ekosistem pembangunan dan penggunaan teknologi AI negara.
Mesyuarat kaji penubuhan rangkaian 5G kedua Selasa depan
Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional BHD (DNB) akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi mengkaji laporan usaha wajar berkaitan penubuhan rangkaian 5G kedua.
DNB, Ericsson bekerjasama memangkinkan pendigitalan
Kerjasama itu menandakan inisiatif industri perintis yang akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri berbeza dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Maybank Research turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Thailand kepada 2.4 peratus
Maybank Research Pte Ltd, Singapura telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Thailand kepada 2.4 peratus daripada 2.9 peratus disebabkan oleh aktiviti pembuatan yang kurang memberangsangkan
Unjuran KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 2024
Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, berbanding 3.7 peratus tahun lalu, berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April.
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Extra Joss umum tajaan rasmi Liga M, hangatkan kegilaan bola sepak tempatan
Minuman tenaga terkemuka Exra Joss mengumumkan tajaan rasminya bagi musim baharu Liga M melangkaui siaran dengan pengaktifan di lapangan stadium dan zon interaksi peminat interaktif bagi memastikan pengalaman jenama yang holistik.
Kerajaan Selangor nafi luluskan pembinaan lebuh raya SKE
Kerajaan Selangor menafikan telah memberi kelulusan bagi pembinaan lebuh raya baru yang diberi nama sebagai Sungai Klang Expressway (SKE), sebagaimana yang ditularkan.