KUALA TERENGGANU: Pengagihan bayaran Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada kira-kira 16,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara yang terjejas akibat banjir, dijangka akan dapat diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Selain itu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga akan mengadakan pertemuan bersama pihak-pihak yang terlibat susulan kegagalan menyegerakan pembayaran pinjaman melalui Bantuan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0, kepada usahawan yang terjejas banjir.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata perjumpaan bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) akan diadakan pada Rabu ini.
Katanya pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 itu sepatutnya telah dibayar dalam tempoh dua minggu lalu namun pihak terbabit gagal berbuat demikian berikutan pelbagai syarat yang dikenakan.
“Saya akan lihat balik dari segi peraturan dan bila saya dapat syarat yang ditetapkan oleh MIDF ini syaratnya saya tengok macam syarat biasa saja. Padahal saya telah beri arahan bahawa tolong permudahkan urusan tetapi nampaknya masih lagi mengikut syarat-syarat yang telah macam perkara biasa. Maka saya minta MIDF tolong percepatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Taman Tamadun Islam, di sini pada Selasa.
Jelasnya, pemberian pinjaman kepada usahawan PKS, yang terkesan dengan bencana itu perlu diproses dan disalurkan secepat mungkin bagi tujuan kecemasan agar sektor PKS negara dapat dirancakkan semula.
Sementara itu, Noh berkata kementeriannya, melalui agensi TEKUN Nasional telah menyalurkan sebanyak RM2.9 juta geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) kepada negeri Terengganu.
Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri Terengganu yang terjejas banjir diberikan geran BBKM bernilai RM3,000 seorang secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.
Astro Awani
Tue Apr 19 2022
Noh (tengah) menyerahkan Geran Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia pada majlis penyerahan bantuan itu di Taman Tamadun Islam hari ini. - Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kerajaan selesai agih bantuan banjir kepada usahawan informal, mikro sebelum Aidilfitri - Noh
Perjumpaan bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) akan diadakan pada Rabu ini.