CYBERJAYA: Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam setiap keputusan berkaitan cadangan pembaharuan sistem percukaian negara supaya kesan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
"Peningkatan pendapatan negara melalui reformasi percukaian, penyasaran subsidi dan peningkatan pelaburan, dapat mencapai matlamat pengembangan sumber hasil negara dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
"Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM10 bilion untuk sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah manakala Sumbangan Asas Rahmah pula menyalurkan RM700 juta kepada 700,000 penerima," katanya dalam ucapan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar HasiL Program Mahabbah Ramadan 2024 semalam.
Program anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Anggota Lembaga LHDN Datuk Johan Mahmood Merican.
Program tersebut turut meraikan tetamu istimewa iaitu anak-anak yatim dan asnaf dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan setiap golongan masyarakat dan berusaha untuk melengkapkan kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, perumahan, bekalan elektrik dan air yang konsisten, peluang pekerjaan dan jaringan sosial yang baik.
Beliau turut menekankan bahawa dalam kerangka ekonomi yang mampan, tiada golongan yang tercicir dan kerajaan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan secara holistik kepada golongan masyarakat yang memerlukan.
"Pendapatan negara seperti hasil cukai yang dikutip melalui LHDN, akan dibelanjakan semula oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk manfaat, kemudahan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan demi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
"Kerangka Ekonomi MADANI turut menekankan aspek tatakelola yang baik kerana melaluinya kerajaan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Amir Hamzah turut menyeru warga HASiL untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan profesional serta amanah dan integriti yang tinggi supaya kesannya dirasai di peringkat organisasi dan seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Amir Hamzah menyampaikan ucapan semasa hadir pada Program Mahabbah Ramadan HASiL 2024 di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Dewan Rakyat lulus RUU Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa mempertimbangkan usul dicadangkan itu tanpa sebarang pindaan.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mereformasi sistem percukaian negara - MoF
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.