awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
"Jermanpine" permata berharga Kampung Parit Jerman, ikon pelancongan baharu Pontian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju kurangkan yuran universiti awam sehingga 15 peratus

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/08/2020
02:45 MYT
Kerajaan setuju kurangkan yuran universiti awam sehingga 15 peratus
Mansor berkata, struktur yuran pengajian tinggi masih kekal sama walaupun dalam situasi pandemik COVID-19. - Gambar fail
Kerajaan bersetuju mengurangkan yuran asrama dan yuran perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi membantu meringankan beban institusi berkenaan ekoran impak wabak COVID-19.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman berkata, keputusan dicapai hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Menurutnya, keputusan tersebut akan melibatkan peruntukan kerajaan sekitar RM72 juta dan bakal memberi manfaat kepada 533,318 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.
“KPT tetap prihatin terhadap maklum balas daripada pelajar, ibu bapa, serta pihak berkepentingan supaya yuran universiti awam dapat dikurangkan dalam usaha membantu meringankan beban pelajar dan ibu bapa akibat wabak COVID-19.
“KPT sudah mengadakan rundingan dengan MOF, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Hasil daripada rundingan itu, kerajaan setuju kurangkan yuran asrama, yuran perkhidmatan dan kos aktiviti universiti awam sehingga 15 peratus setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mansor menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) yang ingin mengetahui status yuran pengajian semester IPT bagi penuntut IPTA dan IPT swasta (IPTS).
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui inisiatif kementerian mengenai sistem pembelajaran dalam talian pelajar IPT yang tinggal di luar bandar dan memerlukan capaian internet.
Mengenai soalan pertama, Mansor berkata, struktur yuran pengajian tinggi masih kekal sama walaupun dalam situasi pandemik COVID-19.
Namun, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukan dana yang besar melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk sektor pendidikan.
Ia termasuk bantuan one-off RM200 kepada pelajar, kos untuk sediakan makanan kepada pelajar di kampus serta penangguhan bayaran PTPTN kepada 1.5 juta peminjam.
Topic Berkaitan
#azizah mohd dun
#COVID-19
#dalam talian
#Dewan Rakyat
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Pengajian Tinggi
#kerajaan
#koronavirus
#Mansor Othman
#pandemik
#pelajar
#pendidikan
#rakyat
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan