awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju laksana CCTV berteknologi tinggi di pusat tahanan APMM, lokap AADK - PM

Bernama
Bernama
26/09/2025
02:20 MYT
Kerajaan setuju laksana CCTV berteknologi tinggi di pusat tahanan APMM, lokap AADK - PM
Perdana Menteri Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7 pada Khamis. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju Sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV) berteknologi tinggi dilaksanakan di pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seluruh negara.
Beliau berkata, ia antara usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan tahanan terpelihara.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pelaksanaan sistem itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7 yang dipengerusikan beliau, semalam.
"Pelaksanaan ini merupakan inisiatif strategik kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dalam memenuhi keperluan semasa agensi penguatkuasaan menghadapi cabaran keselamatan serta memperkukuh pemantauan terhadap kawasan tahanan," katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memandang serius insiden berulang melibatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang bukan sahaja melanggar kedaulatan maritim negara, bahkan menyebabkan ketirisan hasil laut negara yang menjejaskan ekonomi dan sumber rezeki nelayan tempatan.
Anwar berkata atas keprihatinan dan pendirian kerajaan untuk tidak berkompromi dalam isu kedaulatan perairan negara, mesyuarat turut bersetuju supaya isu melibatkan perairan negara diatasi melalui usahasama strategik antara Malaysia dan negara terlibat.
"Reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui hari ini mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara serta mendukung prinsip kecekapan, ketelusan dan keberkesanan dalam tatakelola sektor awam," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#CCTV
#pusat tahanan APMM
#lokap AADK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan