PUNCAK BORNEO: Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.
"Perlu disemak apakah ia memadai dengan meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan untuk gubal undang-undang baharu di bawah kuasa Ketua Pengarah Penjara atau Menteri KDN.
"Saya tugaskan Ketua Setiausaha KDN (Datuk Ruji Ubi) untuk buat semakan dan beri maklum balas... perkara ini mesti disegerakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 yang bertemakan "Reformasi Koreksional Membangun Peradaban" di Kompleks Penjara Puncak Borneo, di sini hari ini.
Menurutnya, penghuni penjara yang terlibat bagi program berkenaan terdiri daripada individu yang berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.
"Kalau yang disabitkan kesalahan itu melibatkan mereka dari kategori ini, kita lihat adalah lebih manusiawi kalau letak mereka di luar dan bukan dalam tembok (penjara) jadi untuk itu mereka boleh kita pasangkan gajet kepada mereka untuk kita laksanakan home detention," katanya.
Saifuddin berkata menerusi program sedemikian seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kesesakan penjara malah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.
Katanya, program yang telah dijalankan sebelum ini memberi impak positif dengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang yang dimasukkan semula ke dalam penjara.
Terdahulu, beliau membacakan teks ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagi majlis berkenaan.
Dalam ucapan berkenaan, Fadillah berkata Institusi Penjara Sarawak diumumkan sebagai penerima Anugerah Penjara Negeri Cemerlang Tahun 2023 berikutan pencapaian cemerlang bagi empat petunjuk prestasi utama (KPI) standard antarabangsa dalam pengurusan sistem koreksional dan kepenjaraan.
"Empat KPl yang ditetapkan iaitu kadar residivis (jenayah berulang) sebanyak 12.7 peratus, jumlah reman sebanyak 13.5 peratus dan kadar kesesakan sebanyak -13.2 peratus, jauh lebih baik berbanding tahap standard antarabangsa iaitu 20 peratus.
"Sementara kadar pemenjaraan pada 119 per 100,000 penduduk berbanding standard antarabangsa iaitu 145 per 100,000 penduduk," katanya.
Sambutan Hari Penjara hari ini adalah untuk menghargai kakitangan serta orang ramai yang telah menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo, hari ini. - Foto Bernama
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Kerajaan setuju secara prinsip laksana tahanan rumah untuk banduan - Saifuddin Nasution
Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention).
Isteri banduan tidak sangka dapat beraya bersama suami
Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di sini hari ini.
Empat banduan diberi cuti tujuh hari untuk bersama keluarga sempena Aidiladha
Banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut.