KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital kini meneliti langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha memperkukuh pematuhan undang-undang di platform media sosial.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata susulan kenyataan Ahli Parlimen ASEAN bagi Hak Asasi Manusia (APHR) semalam berhubung platform media sosial di Malaysia yang harus bertanggungjawab terhadap ucapan berbaur kebencian serta kandungan yang memecahbelahkan.
Beliau berkata sesi libat urus dengan platform dan pengendali utama media sosial seperti TikTok, Telegram, Meta serta X telah dibuat bagi mengkaji beberapa perkara dalam memastikan pematuhan yang lebih baik mengikut lunas undang-undang.
"Kami berharap akan dapat membuat pengumuman penting tidak lama lagi. Saya juga telah bertemu dengan APHR dan ini adalah antara perkara yang saya bangkitkan. Di pihak kerajaan, hari ini kami sering menyaksikan kandungan yang sering kali tular namun tidak disahkan.
"Saya juga telah membaca laporan Al-Jazeera mengenai konflik Palestin-Israel yang berlarutan dan bagaimana banyak berita palsu sedang ditularkan di media sosial. Malangnya, mereka menonjolkan Malaysia sebagai contoh utama berita palsu," katanya pada sidang media selepas Malam Anugerah Pembangunan Kapasiti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2023 di sini.
Susulan laporan Al-Jazeera itu, Fahmi berkata MCMC telah diarah untuk meneliti perkara tersebut.
"Amat malang kerana nama Malaysia telah disebut di arena antarabangsa sebagai penyebar berita palsu mengenai konflik Palestin-Israel. Bagaimanapun, mengenai apa yang dikatakan oleh APHR, pihak kementerian dan pengawal selia pasti akan meneliti perkara ini.
"Seperti yang kita tahu, tiada satupun platform media sosial yang didaftar atau dilesenkan oleh MCMC. Kami perlu memastikan semuanya teratur jadi berikan kami sedikit masa dan kami akan membuat satu pengumuman tidak lama lagi," katanya.
Mengulas pertemuan dengan TikTok di Parlimen petang tadi, beliau berkata butirannya akan dikongsi melalui kenyataan akhbar esok.
Menyentuh majlis anjuran MCMC malam ini, Fahmi berkata ia adalah bagi meraikan pencapaian individu dan organisasi yang telah menyertai serta menyokong program pembanguna kapasiti suruhanjaya itu.
Beliau berkata acara itu turut membuktikan komitmen MCMC dalam memastikan sumber tenaga kerja yang mahir, modal pengetahuan dan pembangunan keupayaan serta kemahiran bagi industri komunikasi dan multimedia.
"Saya juga menggesa pemain industri untuk bersama-sama memainkan peranan penting dalam membangunkan kapasiti untuk berinovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan pasaran. Bersama-sama kita boleh membina industri yang bertenaga dan berdaya saing yang mampu menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia," katanya.
Anugerah itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Anugerah Peserta Cemerlang untuk Kelas Master Dasar dan Peraturan Telekomunikasi Bergabung (CTPR) 2023 serta Anugerah Pengiktirafan Pengerusi MCMC bagi Penyertaan Tertinggi Program Pembangunan Kapasiti (CDeP) 2023.
Antara pemenang bagi kategori CTPR ialah Rachel Chan Wai Lai (MCMC) dan Khairul Akmal Zahri (TM) manakala bagi kategori CDeP adalah Agensi Nuklear Malaysia, Maxis Broadband Sdn Bhd serta Kementerian Kesihatan.
Pada majlis itu, Fahmi turut menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara MCMC dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu bagi program pembangunan bersama kemahiran antara MCMC dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Malam Anugerah Pembangunan Kapasiti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2023 malam ini. - Foto BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.
KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.
Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.
Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.
Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.
Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.
Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.