awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti lanjutkan HOC hingga Disember 2021 - Zuraida

Bernama
Bernama
04/04/2021
20:36 MYT
Kerajaan teliti lanjutkan HOC hingga Disember 2021 - Zuraida
Sehingga 28 Feb lepas, sejumlah 34,354 unit rumah dengan nilai RM25.6 bilion berjaya dijual bagi kempen HOC 2020-2021. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga hujung tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah memohon kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk melanjutkan kempen itu.
"Bagaimanapun MOF mungkin mengkaji semula syarat-syaratnya dan akan sedikit berbeza daripada yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Malaysia's Best Managed and Sustainable Property Award 2021 di sini semalam.
Beliau juga berkata sehingga 28 Feb lepas, sejumlah 34,354 unit rumah dengan nilai RM25.6 bilion berjaya dijual bagi kempen HOC 2020-2021 dengan nilai diskaun yang diberikan sebanyak RM4.3 bilion.
HOC 2020 dilaksanakan dengan pengecualian duti setem dan potongan diskaun sebanyak 10 peratus diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli rumah berharga RM300,000 hingga RM2.5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HOC
#rumah
#Zuraida Kamaruddin
#Zafrul Abdul Aziz
#kempen
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan