Kerajaan persekutuan masih belum membuat keputusan berhubung pelaksanaan cadangan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) di Pulau Pinang, yang akan dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin berkata pihaknya akan meneliti semua maklum balas daripada orang awam yang menyokong mahupun membantah projek berkenaan dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kita mahu penyelesaian terbaik untuk semua pihak seperti trafik, persekitaran, kesan sosial dan sebagainya. Kita terbuka kepada idea dan saya melihat sebahagian masyarakat yang menyokong dan ada tidak menyokong.
"Tidak ada penyelesaian yang boleh memberi kepuasan kepada semua orang, jadi kita harus seimbang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan PIL1 anjuran kerajaan negeri di Arena SPICE, di sini malam ini.
Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan barisan exco kerajaan Pulau Pinang serta perunding projek berkenaan.
YEO-PIL1 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
Yeo berkata pihaknya dan kerajaan negeri akan memastikan keputusan yang akan dibuat kelak bersifat 'menang-menang' demi kebaikan rakyat negeri itu.
Terdahulu, Yeo menerima kira-kira 2,000 surat bantahan daripada orang awam yang dikumpulkan pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum, sejak 25 Ogos lepas.
Sementara itu, Chow berkata projek berkenaan tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Namun, beliau berkata walaupun kelulusan diperoleh masih terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum projek tersebut dilaksanakan.
Cadangan projek lebuh raya PIL1 sepanjang 19.5 kilometer (km) bernilai RM7.5 bilion itu merangkumi enam persimpangan, jejambat sepanjang 7.6km, terowong (10.1km) dan 'embankment' (1.8km).
PTMP ialah projek inisiatif negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion yang melibatkan terowong dasar laut menghubungkan pulau dengan tanah besar, lebuh raya-lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas yang menyeluruh di pulau dan tanah besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 20 2018
BEE YIN: Kita mahu penyelesaian terbaik untuk semua pihak seperti trafik, persekitaran, kesan sosial dan sebagainya. Kita terbuka kepada idea dan saya melihat sebahagian masyarakat yang menyokong dan ada tidak menyokong. -Gambar fail
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat
TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan dengan segera.
Kerajaan teliti maklum balas sebelum laksana projek lebuh raya PIL1
Kerajaan akan meneliti semua maklum balas daripada orang awam yang menyokong mahupun membantah projek berkenaan.