PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti untuk mengubah suai alur limpah di Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan bagi mengatasi masalah banjir termenung di kawasan berhampiran, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus Menangani Masalah Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan di sini hari ini, beliau berkata banjir itu berpunca daripada pelaksanaan projek tebatan banjir berkenaan selain jumlah hujan tinggi pada hujung tahun.
"Kita faham keluh-kesah penduduk di sana. Kita kena tengok balik sebab dah selesai projek, alur limpah yang dibuat terdahulu kita kena ubah," katanya ketika mengulas gesaan penduduk supaya kerajaan mengatasi masalah air tersekat yang berlaku hampir sebulan.
Selain itu, Nik Nazmi berkata kertas kerja dasar mengenai cadangan menangani jerebu rentas sempadan dijangka dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (Parlimen) Alam Sekitar, Sains dan Perladangan tahun depan.
Beliau berkata hasil dapatan pada sesi libat urus melibatkan pihak berkepentingan hari ini dan ketetapan daripada mesyuarat tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan dan pelaksanaan.
"Di peringkat domestik, kerajaan melalui pelbagai kementerian, jabatan dan agensi pada setiap tahun berusaha untuk memastikan semua persediaan menghadapi cuaca panas dan kering serta pencegahan pembakaran terbuka diambil tindakan sewajarnya.
"Aktiviti penguatkuasaan bersepadu juga telah dipertingkatkan bagi mencegah pembakaran terbuka serta bagi memastikan langkah-langkah pencegahan kebakaran ladang dan premis diambil sewajarnya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata syarikat perladangan milik Malaysia dan syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di dalam negara dan di Indonesia juga telah diingatkan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka diambil sewajarnya, bagi mengelakkan kebakaran ladang dan hutan gambut yang menjadi punca utama jerebu.
"NRES (Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam) terus komited dan sentiasa berusaha mengatasi masalah jerebu merentas sempadan ini daripada terus berulang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Nik Nazmi berkata banjir itu berpunca daripada pelaksanaan projek tebatan banjir berkenaan selain jumlah hujan tinggi pada hujung tahun. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Kerajaan teliti ubah suai alur limpah Sungai Golok atasi banjir termenung - Nik Nazmi
Kerajaan sedang meneliti untuk mengubah suai alur limpah di Projek PLSB Sungai Golok di Kelantan bagi mengatasi masalah banjir termenung di kawasan berhampiran.
Langkah atasi kebakaran terbuka antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) bertanya tentang senarai insiden kebakaran terbuka yang direkodkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Ogos dan September tahun ini.