KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kerajaan negeri perlu mencari kaedah serta model terbaik dalam sistem pentadbiran agar lebih telus dan efisien sebelum memutuskan sebarang keputusan yang bakal dilaksanakan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat.
Baginda bertitah disiplin serta cabang ilmu pentadbiran yang teratur dan berkesan dapat dipastikan dengan cara kolaborasi menyeluruh di semua peringkat badan-badan kerajaan yang berkepentingan agar keputusan dapat dibuat secara cekap dan tepat.
"Di Malaysia, system Simple Plurality atau First Past The Post (FPTP) (sistem majoriti mudah) telah diguna pakai sehingga ke hari ini.
"Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini menyaksikan keputusan rakyat telah memilih kerajaan beta tanpa adanya pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal ini.
"Situasi ini berlaku di dalam tempoh sambutan 25 tahun Jubli Perak pemerintahan beta dan melakarkan lembaran sejarah baharu era milenium ketiga bagi Malaysia dan Terengganu khususnya.
"Oleh yang demikian, melalui doktrin pengasingan kuasa yang merupakan pembahagian dalam amalan demokrasi iaitu kuasa eksekutif, legislatif serta judisiari menjadi semak dan imbang yang efektif bagi kerajaan beta walaupun pemusatan kuasa kini sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
"Beta percaya dan yakin dengan rules of law di Malaysia serta prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang berjalan baik, adil serta saksama kepada semua strata sosial di dalam masyarakat," titah baginda.
Sultan Mizan bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan PAS dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini.
Dalam pada itu, Sultan Mizan menitahkan kerajaan negeri supaya memberi keutamaan kepada bidang-bidang yang bakal memberi kesan pengganda dalam persekitaran sosial serta ekonomi yang inklusif, kukuh dan mampan melalui perkembangan pembangunan wilayah di Terengganu; melestarikan pelan pembangunan pelancongan; pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan rakyat; peluang pelaburan dan pekerjaan; perkembangan potensi pertanian serta pembangunan modal insan.
Baginda bertitah kerajaan negeri perlu meneroka potensi baharu dalam industri pelancongan agar dapat memberi nilai tambah kepada aset pelancongan sedia ada serta memanfaatkan kepelbagaian dan keunikan sumber alam semula jadi di Terengganu, bermula dari jajaran pantai sepanjang 244 kilometer, kehijauan hutan hujan tropika, keindahan khazanah seni dan sebagainya.
"Kerajaan beta perlu memberi penekanan terhadap penjenamaan produk dengan mengenal pasti Unique Selling Point yang ditawarkan untuk menarik minat pelancong seperti menjenamakan Terengganu sebagai destinasi pelancongan marin terkemuka dalam negara.
"Keunikan tujuh pulau peranginan utama iaitu Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulau Bidong, Pulau Lang Tengah dan Pulau Kapas berpotensi tinggi untuk dipasarkan di peringkat global," titah baginda.
Sultan Mizan menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu memperbanyakkan lagi inisiatif bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini yang merekodkan seramai 6,330 ketua isi rumah yang berstatus miskin tegar.
Sementara itu, baginda turut mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.
Antara yang boleh dilakukan termasuk memudah cara urusan pelabur melalui pengenalan inisiatif dan fasilitasi pelaburan yang berkesan serta menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian bagi menarik pelabur dan meningkatkan daya saing negeri.
Selain itu, Sultan Mizan menyeru kerajaan negeri supaya mencari jalan penyelesaian isu pencerobohan nelayan asing yang menggugat kedaulatan negara serta mengancam keselamatan nelayan.
"Isu pencerobohan perairan serta penjarahan khazanah laut telah menyebabkan ketirisan hasil laut dalam sehingga mencecah RM4 bilion setahun kepada industri perikanan.
"Ini sudah semestinya merugikan negeri dan negara setelah pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan sumber perikanan marin," titah baginda.
Dalam perkembangan lain, Sultan Mizan turut menyeru supaya program pengajian yang ditawarkan di institusi pendidikan dan kemahiran di negeri ini, mengambil kira perkembangan dan keperluan dalam bidang industri semasa serta akan datang.
"Penerokaan dalam bidang sains dan teknologi menjadikannya lebih sempurna apabila digabungkan dengan kurikulum agama berpandukan al-Quran dan hadis yang saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain.
"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para ahli akademik merangka pelan pendidikan yang lebih komprehensif bagi menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri contoh dalam bidang pendidikan yang ditawarkan," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif. - Gambar Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
PM Anwar zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda baginda.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.
Adinda Sultan Terengganu mangkat
Tengku Norhana mangkat kira-kira jam 4.52 pagi di Gleneagles,Kuala Lumpur dan akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, petang ini.
Sultan Terengganu rasmi jambatan ikonik Pulau Poh di Tasik Kenyir
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Pulau Poh di Tasik Kenyir di sini, sempena Sambutan Ulang Tahun ke-61 Hari Keputeraan baginda, malam Jumaat.
Sultan Mizan rasmi Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Mushaf Sultan Zainal Abidin yang menerapkan seni hiasan beridentitikan Terengganu.