Kerajaan negeri akan membantu golongan mak nyah yang mahu mengubah hidup mereka ke arah yang lebih positif bagi mengikuti pelbagai bidang kemahiran untuk mencari punca pendapatan yang tetap, kata seorang anggota Exco negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata dengan langkah itu diharap dapat membantu golongan itu daripada terjerumus kembali dalam kegiatan tidak bermoral.
Dengan itu, ia dapat menangkis tohmahan masyarakat yang sering menganggap golongan mak nyah banyak terlibat dalam kegiatan negatif termasuk pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
"Kumpulan ini akan dibawa menyertai satu kursus untuk diberi pendedahan dan kemahiran keusahawanan yang bersesuaian. Sekurang-kurangnya 20 peserta akan menyertainya di peringkat pertama ini sebelum ia diperluaskan.
"Adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk membantu mereka menjadi modal insan berkualiti yang mampu memberi sumbangan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada masyarakat dan negara," katanya kepada pemberita selepas Program Temu Murni bersama kira-kira 100 orang mak nyah dari kawasan Pantai Timur, di sini semalam.
Dalam pada itu, seorang daripada mak nyah yang kini telah bertaubat yang mahu dikenali sebagai Che Mat berkata inisiatif kerajaan negeri membantu golongan berkenaan amat dialu-alukan.
Katanya ada di kalangan mereka mahu berubah dan meninggalkan kehidupan 'hitam' mereka namun tidak tahu saluran yang betul untuk memulakan kehidupan baharu yang lebih positif.
"Kita mahu bukan setakat bagi duit sahaja tapi pihak yang berkaitan kena pantau 'rakan-rakan' saya ini supaya apabila mereka berjaya kelak ia akan menjadi contoh kepada yang lain-lain," katanya yang berasal dari Chabang Tiga di sini.
Seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Marina mahu masyarakat membuang persepsi negatif terhadap golongan itu dan memberi memberi ruang dan peluang kepada golongan itu meneruskan hidup seperti orang lain.
"Kita juga berharap agar media massa juga tidak lagi menceritakan hal yang bukan-bukan, cerita keburukan mengenai golongan ini. Sekarang ini Yb (Ghazali) dah jumpa kami dan tahu apa yang kami mahukan... jadi kita harap satu perubahan yang lebih baik akan berlaku pada golongan ini kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
Seorang mak nyah berkata, ada di kalangan mereka mahu berubah dan meninggalkan kehidupan 'hitam' mereka namun tidak tahu saluran yang betul untuk memulakan kehidupan baharu yang lebih positif. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.