awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak akan berhenti beri bantuan perumahan untuk rakyat - PM Najib

Bernama
Bernama
24/02/2017
08:10 MYT
Kerajaan tidak akan berhenti beri bantuan perumahan untuk rakyat - PM Najib
DATUK SERI NAJIB: Saya akan terus mencari inisiatif lain agar rakyat dapat memiliki rumah yang selesa. -Gambar fail/Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan berhenti memberi bantuan dan menjalankan program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutuan, Rumah Idaman Rakyat dan lain-lain bantuan untuk rakyat.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi membolehkan rakyat mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
"Saya akan terus mencari inisiatif lain agar rakyat dapat memiliki rumah yang selesa," kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam laman blog beliau www.najibrazak.com hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya rakyat memiliki tanah atau rumah yang usang, mereka boleh memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan subsidi daripada kerajaan.
"Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyediakan Skim MyHome yang membolehkan pemohon mendapat subsidi RM30,000 untuk pembiayaan perumahan.
"Untuk mereka yang memerlukan bantuan deposit, mereka boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim MyDeposit," kata beliau.
Najib berkata bagi pasangan yang baru berkahwin atau memulakan alam pekerjaan, kerajaan menyediakan kemudahan bantuan Rumah Transit 1Malaysia, PPR, Perumahan Awam DBKL dan sebagainya.
"Oleh yang demikian, dapatkanlah bantuan-bantuan ini agar kita dapat memberikan kebahagiaan buat keluarga tersayang. Inilah perkara paling penting yang sedang saya usahakan demi rakyat," kata beliau. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman blog najib razak
#Najib Razak
#najibrazak.com
#perumahan rakyat
#PR1MA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan