awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan - Lim

Bernama
Bernama
09/04/2019
14:44 MYT
Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan - Lim
Lim berkata penganut agama lain yang ke luar negara buat pertama kalinya bagi tujuan keagamaan juga akan dikecualikan daripada cukai itu. - Gambar fail
Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan levi pelepasan kerana ia memerlukan beberapa bulan lagi untuk merumuskan formulanya, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sebaliknya, ia akan menumpukan untuk menempatkan infrastruktur yang betul dan membuat keputusan muktamad mengenai kadar cukai itu, katanya.
"Ia mungkin mengambil masa sebelum kami mengumumkan kadarnya -- mungkin selepas musim haji tahun ini.
"Lagipun, umat Islam yang mengerjakan umrah atau haji buat pertama kalinya akan dikecualikan daripada levi itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah PKS 2018 anjuran Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd di sini, hari ini.
Beliau berkata penganut agama lain yang ke luar negara buat pertama kalinya bagi tujuan keagamaan juga akan dikecualikan daripada cukai itu.
Dilaporkan rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara akan dikenakan bayaran apabila Rang Undang-Undang Pelepasan Levi 2019 diluluskan di Parlimen.
Rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah untuk bacaan pertama semalam.
Amaun levi yang dicadangkan itu, bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam rang undang-undang itu.
Semasa membentangkan Bajet 2019, Lim telah mencadangkan levi pelepasan dikenakan mulai 1 Jun, 2019, pada kadar RM20 seorang jika menuju ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain.
BACA: Model perniagaan baharu dalam Kertas Putih Felda - Azmin
Ditanya mengenai Kertas Putih Felda, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Lim berkata beliau akan menyerahkan kepada menteri untuk membuat pengumuman terlebih dahulu.
"Tetapi sebagai kerajaan, kami perlu menyokong Felda dan Tabung Haji, (berhubung) mengenai kerajaan sebelum ini telah melakukan semua kesilapan yang menyebabkan (kedua-dua institusi mengalami) kerugian besar seumpama itu," katanya.
Kertas Putih itu akan mencadangkan model perniagaan baharu bagi pengurusan ladang Felda dan memaklumkan tentang tindakan amalan salah di masa lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amiruddin Hamzah
#ASEAN
#Azmin Ali
#cukai
#Dewan Rakyat
#Felda
#formula
#Haji
#keagamaan
#kerajaan
#Kertas Putih Felda
#kerugian
#levi pelepasan
#Lim Guan Eng
#model perniagaan baharu
#rakyat Malaysia
#RUU Pelepasan Levi
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan