awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas
Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani isu buli pelajar - Fahmi

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
29/08/2025
08:53 MYT
Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani isu buli pelajar - Fahmi
Fahmi berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Azalina, dengan penyertaan wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli pelajar, susulan siri kes berprofil tinggi yang mencetuskan kebimbangan dan kemarahan masyarakat.

Ringkasan AI
  • Kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bagi menyelaras dan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kes buli pelajar.
  • Jawatankuasa ini melibatkan penyertaan pelbagai kementerian dan agensi, dengan cadangan tambahan termasuk penubuhan tribunal khas antibuli sebagai mekanisme penyelesaian.
  • Kerajaan turut memperkenalkan peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan melalui Akta A1750 bagi menangani kes buli, gangguan, penghinaan dan penyalahgunaan maklumat identiti, termasuk secara dalam talian, yang telah diwartakan pada 7 Mac 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dengan penyertaan wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi.
“Antara tugas jawatankuasa ini adalah mengkaji dan menyelaras prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Fahmi berkata, Azalina turut mencadangkan beberapa langkah tambahan termasuk kemungkinan mewujudkan tribunal khas antibuli sebagai mekanisme penyelesaian.
Terdahulu Azalina memaklumkan kerajaan telah memperkenalkan peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan bagi menangani kes buli, gangguan, penghinaan dan penyalahgunaan maklumat identiti, termasuk yang dilakukan secara dalam talian.
Pindaan itu dimasukkan melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 [Akta A1750] yang mendapat Perkenan Diraja pada 25 Februari lepas dan diwartakan pada 7 Mac 2025.
Topic Berkaitan
#buli
#Fahmi Fadzil
#Azalina Othman Said
#jawatankuasa khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan