KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan dakwaan Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan, sebaliknya pengunjung semakin meningkat pada cuti sekolah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, waktu paling sibuk di pasar itu adalah pada sebelah pagi sehingga menyebabkan jalan ke situ menjadi sesak.
"Dakwaan itu tidak betul. Pihak kami sudah bertemu dengan peniaga dan mendapatkan laporan, ia bercanggah kerana orang tersebut kata tak dapat masuk ke pasar sebab jalan sesak, kalau begitu keadaan, maknanya ramai pengunjung.
"Sudah ada dua, tiga yang muat turun dalam Facebook termasuk dari peniaga pasar mengatakan dia berseloroh dan sudah buat penafian, malah kuih-muih dibuat dan dijual sebelah pagi bukan sebelah petang," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sebelum ini tular video yang mendakwa Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan kerana ramai sudah beralih arah ke Hatyai, selain mendakwa peniaga sedih dan termenung kerana kekurangan pelanggan.
Beliau berkata, keadaan ekonomi semasa tidak menjejaskan kemasukan pelancong untuk membeli-belah di Kelantan selain kerja-kerja naik taraf tempat tumpuan giat dijalankan.
"Sekarang ini kerajaan negeri dalam peringkat akhir merencanakan pelayaran sungai (river cruise) bersama pemandu pelancong di kawasan Pulau Suri, Telok Renjuna di Tumpat, Kuala Besar dan Sungai Pengkalan Datu di Kota Bharu yang melibatkan lembangan sungai," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Kerajaan negeri menafikan dakwaan Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan, sebaliknya pengunjung semakin meningkat pada cuti sekolah ini. - Gambar Facebook
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Wajah baharu Pasar Siti Khadijah beri keselesaan kepada pengunjung
Kerja-kerja penambahbaikan di Pasar Siti Khadijah di sini memberikan 'wajah baharu' buat bangunan ikonik itu yang sudah usang dimamah usia.
Kerajaan negeri nafi dakwaan Pasar Siti Khadijah kurang pengunjung
Pengunjung Pasar Siti Khadijah semakin meningkat pada cuti sekolah dan waktu paling sibuk di pasar itu adalah pada sebelah pagi.
Video tular Pasar Siti Khadijah bukan gambaran sebenar - Peniaga
Mereka mendakwa, setiap hari pasar itu meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang mahu menikmati makanan dan membeli barangan terutama pada musim cuti perayaan serta persekolahan.
Polis siasat insiden peniaga Pasar Siti Khadijah gaduh berebut pelanggan
Polis Kota Bharu menerima dua laporan polis daripada kedua-dua belah pihak bersabit kejadian terbabit pada hari yang sama.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
COVID-19: Ibarat 'bernafas dalam lumpur', peniaga Pasar Siti Khadijah rayu bantuan
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan.
Peniaga Pasar Siti Khadijah kecewa mercu tanda terabai
Selepas 23 tahun di bawah pemerintahan Pas, peniaga Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu Kelantan mendakwa mereka kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang dikatakan mengabaikan mercu tanda Kota Bharu itu